10 September 2017

Kenyataan akhbar Setiausaha Biro Keharmonian Agama Chris Daniel Wong

PAS bukan “makin biru”, tapi DAP yang makin terdesak

Saya terkilan melihat artikel sedemikian di paparkan di Berita Daily pada 9 September 2017 yang mana pihak DAP dari Melaka mengutuk tindakan PAS yang “makin biru” seolah-olah parti tersebut adalah kuda tunggangan UMNO. Rata-rata penganalisa politik tanahair akan bersetuju mengatakan bahawa maruah PAS telah tercalar setelah ditikam dari belakang oleh parti DAP yang membelakangkan perjanjian Pakatan Rakyat yang dimeterai sebelum pilihanraya ke-13 pada 2013.

Kalau dilihatkan apa yang berlaku dalam tiga minggu yang terdekat ini, parti PKR dilihatkan makin terdesak untuk bekerjasama dengan PAS kerana PKR maklum jentera PAS mampu mengerahkan akar umbi mereka untuk turun padang berkempen dan menyampaikan undi orang Melayu.

Hakitkatnya apabila maruah sesebuah organisasi tercalar dan pelbagai tohmahan dilemparkan oleh parti yang pernah bersekutu dengannya, adakah organisasi tersebut akan duduk berdiam diri? Menang atau kalah adalah adat pertandingan tetapi cara bagaimana ia dimenangi atau dikalahi adalah penting bagi menentukan hala tuju organisasi tersebut.

PAS tidak dilihatkan seakan terdesak tetapi PKR yang terdesak dengan terlihatnya parti itu terbelah dua kem yang mana satu masih mahu perhubungan PAS dilanjutkan dan satu lagi dilihat bersekongkol dengan DAP yang tidak mahu perhubungan PAS dilanjutkan. Malah PAS telah dengan nyatanya telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan bergerak solo dan akan bertanding di kerusi UMNO juga.

Oleh itu benarnya lagi bukan PAS yang main biru tetapi DAP yang makin terdesak dengan dramanya yang melaungkan kemenangan tanpa perikatan dengan PAS tetapi menggunakan PKR untuk bekerjasama dengan PAS secara menyelinap supaya tidak bertanding di kerusi yang sama dengan parti-parti komponen Pakatan.

Ingatlah bukan sahaja maruah PAS yang dicalarkan tetapi maruah PKR yang juga dinodaikan agar matlamat DAP dapat dicapai. Inilah muka DAP yang sebenar.

Chris Daniel Wong
Setiausaha Biro Keharmonian Agama MCA
Timbalan Pengerusi Pemuda MCA Bahagian Lembah Pantai

-MCA online-