10 September 2019

Kenyataan Media Naib Presiden MCA Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker

Guan Eng digesa akur pada titah nasihat YDP Agong

Lim Guan Eng digesa berhenti meninggikan ketegangan antara kaum dengan memainkan api perkauman dalam usaha politik beliau untuk mengalih perhatian daripada dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam projek terowong dasar laut, di samping mengelak cabaran Datuk Seri Dr Wee Ka Siong untuk berbahas mengenai isu berkenaan.

Malah, Presiden MCA pernah mengecam tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang memulakan kempen boikot produk bukan Islam, (https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/09/02/mca-slams-groups-calling-for-boycott-of-non-muslim-products) tetapi Guan Eng sengaja memprovokasi pengundi Cina dan India bahawasa kononnya Mca dan MIC tidak menegur UMNO dan PAS yang mana kedua-dua parti ini tidak terlibat secara langsung dalam kempen segelintir orang.

Hanya selepas seruan Ka Siong untuk “menyokong produk buatan Malaysia” dan bukannya membeli produk mengikut kaum, barulah Guan Eng mengulangi pendirian Presiden MCA semasa upacara perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Huazong di Alor Setar.

Sekarang, Guan Eng ingin menyebarkan api perkauman dengan sengajanya menghasut MCA dan MIC untuk menyerang PAS dan UMNO. Taktik mengadu-dhumbakan MCA, MIC dan PAS/UMNO ini adalah taktik licik Guan Eng dan pemimpin-pemimpin DAP selama ini dan merupakan punca ketegangan kaum yang semakin renggang kebelakangan ini sejak DAP mengambil-alih kuasa sebagai kerajaan pusat.

MCA menyarankan supaya Guan Eng sepatutnya berhenti memain dan mengapi konflik perkauman dalam negara. Sebaliknya sebagai seorang Menteri kanan Pakatan dan pemimpin DAP, beliau seharusnya menasihati rakyat untuk sabar dan redakan ketegangan perkauman.

MCA menyokong dan menyarankan DAP dan Guan Eng untuk menerima seruan dan titah YDP Agong untuk berhenti memperalatkan isu-isu sensitif, dan berusaha memulihkan hubungan antara kaum sempena Hari Keputeraan YDP Agong. Lebih-lebih lagi apabila YDP Agong mengingatkan semua bahawa perpaduan dan keamanan yang terbina selama 62 tahun ini jika hilang, akan sukar untuk dikembalikan.

-MCA online-