Kaji semula PSP untuk jadikannya lebih komprehensif
Kebajikan rakyat dipotong, tetapi masih ada peruntukan untuk perlumbaan F1?  

E-hailing: Anthony didakwa mungkir janji

Pada Khamis    10-10-2019 15:18:00

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook didakwa memungkiri janji terhadap penukaran status kenderaan persendirian (AB) kepada kenderaan e-hailing persendirian (AH) pada geran dan cukai jalan.

Jurucakap Kempen Mempertahankan Hak Pemandu-Pemandu E-hailing Malaysia, Ng Kian Nam berkata, ada pemandu mendapati geran dan cukai jalan mereka ditukar kepada status AH.

"Memang benar di sistem Mysikap tidak menunjukkan pertukaran status tetapi apabila dicetak terdapat kod AH pada geran," katanya.

Menurutnya, penukaran status AB kepada AH menyukarkan pemandu e-hailing.

"Pemandu e-hailing bimbang berlaku kesukaran menjual semula kenderaan mereka jika kod AH dicetak pada geran dan cukai jalan.

"Sudah tentu harga kenderaan kod AH untuk dijual jatuh merudum," katanya.

Sehubungan itu beliau menuntut polisi tersebut ditarik balik sebelum penguatkuasaan bermula Sabtu ini.

"Kita mahu kementerian menyemak kembali status ini," katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Anthony di perkarangan Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Anthony diwakili oleh Pegawai Perhubungan Awam Kementerian, V Leelakumari menerima memorandum tersebut yang turut dihadiri kira-kira 50 pemandu e-hailing.

Memorandum tersebut mengemukakan 14 cadangan bagi menjamin hak pemandu e-hailing daripada ditindas oleh syarikat operator e-hailing.

"Kami juga mendesak kerajaan menubuhkan tribunal khas untuk e-hailing bagi mengendalikan kes-kes berkaitan industri ini," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam Gerakan, Henry Teoh Kien Hong berkata, hampir 100 pemandu e-hailing mendapati status kenderaan mereka ditukar kepada AH di geran kenderaan mereka.

Semalam, Anthony berkata, penukaran status dari EH kepada AH ialah untuk kegunaan sistem MySikap dan tidak akan ditulis di geran kenderaan.

Anthony pada kenyataan 7 Mei lalu turut memberi kelonggaran kepada pemandu e-hailing untuk tidak menukarkan kategori kenderaan mereka.

-Sinar Harian-

Berita Berkatian

Pemandu e-hailing tak puas kod AH

Tarik balik penukaran status kenderaan e-hailing

Syarat-syarat baharu terhadap perkhidmatan e-hailing membebankan pemandu dan penumpang

"Kalau nak jumpa, saya 'on' je" - Liow Tiong Lai

E-hailing: Kemajuan penting demi rakyat