10 Disember 2018

Kenyataan Media Ketua MCA Bahagian Bagan Dr Tan Chuan Hong

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Guan Eng digesa jelaskan pendirian DAP mengenai ICERD

Ketua MCA Bahagian Bagan Dr Tan Chuan Hong memilih hari hak asasi manusia antarabangsa bersama-sama dengan pemimpin MCA pergi ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan, bertujuan menyerahkan surat terbuka kepada Ahli Parlimen Bagan merangkap Menteri Kewangan En Lim Guan Eng, memohon penjelasannya tentang isu ICERD, apakah pendirian Parti Tindakan Demokratik (DAP), memungkiri janji, menyokong Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir untuk tidak menandatangani ICERD, ataupun DAP sudah mahu menjadi menteri, tidak berani bersuara dalam Kabinet Malaysia, ataupun tidak tahu berjuang, hanya tahu memberi jawapan Ya, Betul. Sekiranya macam ini, beliau meminta Lim Guan Eng mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk meminta maaf terhadap rakyat.

Dr Tan Chuan Hong membidas kedua-dua pemimpin DAP iaitu Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang yang memimpin DAP, demokrasi yang diperjuangkan oleh partinya sudah mati dan hilang integritinya. Parti tersebut hanya mahu menjadi pegawai kerajaan, dan sebab itulah dalam isu ICERD ini, kesemua wakil rakyat DAP yang menjadi menteri dalam Kabinet Malaysia sudah menjadi sekumpulan orang yang diam-diam, tidak tahu bersuara dan hanya tahu menjawab “Ya, betul”, ahli Parlimen DAP yang lain dalam Parlimen pun memainkan peranan yang diam-diam sahaja, dan ini telahpun melanggari janji-janji terhadap rakyat yang ingin memperjuangkan “Malaysian Malaysia”. Yang paling menyedihkan adalah Lim Kit Siang yang menampar muka sendiri, mengeluarkan kata-kata yang mengejutkan rakyat bahawa sekiranya ICERD ditandatangani, tragedi perkauman 513 akan berlaku semula, dan kata-kata ini memang bercanggah dengan hujah yang disebut sebelum 509.

-MCA online-