Kerajaan Negeri Pulau Pinang membelanjakan RM 3.9 juta menggantikan pemaju untuk membuka jalan, adakah wujud udang disebalik batu?
BN dan MCA sentiasa sehaluan demi Rakyat, taktik pembangkang memerangkap rakyat  

Zamihan digesa tarik balik kenyataannya yang mencabar institusi dan lambang Raja

Pada Rabu    11-10-2017 10:27:00

11 Oktober 2017

Kenyataan Media Ketua Biro Keharmonian Agama MCA Dato’ Sri Ti Lian Ker

Zamihan digesa tarik balik kenyataannya yang mencabar institusi dan lambang Raja

Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Zamihan Mat Zain perlu di didik semula dan memahami semangat dan falsafah kenegaraan seperti yang dimaktub dalam Rukunegara.

Pandangan sempit dan myopik beliau mencerminkan kekurangan, ketidakmatangan dan ketidak upayaan beliau memahami ajaran Islam secara lebih mendalam dan mencerminkan ajaran Islam yang jitu dan sebenar.

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:

  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
    memelihara satu cara hidup demokratik;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN;
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Pandangan dan sikap beliau yang lebih cenderung dan condong ke arah mengaibkan dan menghina budaya dan nilai orang lain menunjukkan kekurangan dan ketidakmatangan beliau sebagai seorang yang seharusnya dihormati dan disanjungi.

Ini cuma adalah kegagalan seorang individu yang tidak dapat menerima ajaran dan keagungan agama Islam dalam konteks sebenarnya tanpa prasangka atau emosi yang berlebihan atau pelampau.

Kita lega dan syukur institusi Majlis Raja-Raja Melayu telah membuat ketetapan dan teguran agar amalan dan penyebaran ajaran Islam yang tidak tepat diberhentikan dengan segeranya.

Malangnya tahap keupayaan Zamihan yang serba kekurangan telah mendapat penyebaran yang viral. Seharusnya ajaran beliau tidaklah mencerminkan atau mewakili agama Islam seperti yang dinyatakan oleh Mufti Perlis dan Wilayah Persekutuan.

Dalam era media baru di mana ramai suka merepek dan mencari publisiti murahan, kita rakyat Malaysia seharusnya meremehkan dan jangan ambil hati atau beri perhatian kepada mereka.

Jadi saya rasa tidak perlu lah kita menuntut Zamihan memohon maaf atau memberi cetusan perhatian media pada beliau. Biarlah kita tidak endah dan maafkan beliau.

Lagi baiknya kalau Zamihan sendiri insaf dan merendahkan diri dengan menarik balik kenyataan beliau yang kurang senonoh dan agak mencabar institusi dan lambang Raja sebagai simbolik kemerdekaan dan kedaulatan Bangsa Malaysia.

Zamihan harus insaf dan taubat serta menghormati saranan Majlis Raja-Raja seperti di atas.

Dato’ Sri Ti Lian Ker
Ketua Biro Keharmonian Agama MCA
Jurucakap Publisiti MCA (Bahasa Inggeris/ Bahasa Melayu)

-MCA online-

Berita Berkatian

Polis harus siasat Shahul Hamid dan Abdul Malik atas kenyataan extremisme

MCA bidas sikap acuh tak acuh P Pinang terhadap Shahul

MCA bantah keputusan kerajaan tarik balik halangan tukar agama anak sebelah pihak

MCA gesa Kelantan kaji semula keputusan henti niaga masa Solat Maghrib

Guan Eng perlu henti salahkan media