Perlembagaan Parti & Objektif

Pada Isnin    30-05-2016 17:11:00

Perlembagaan Parti

Perlembagaan Parti boleh dimuat turun di sini.

Matlamat dan Objektif Parti

Antara Matlamat dan Objektif Parti adalah:

  • Melindungi dan Mempertahankan kebebasan dan kedaulatan Malaysia;
  • Melindungi dan memartabatkan Perlembangaan Persekutuan;
  • Memartabatkan dan melindungi sistem kerajaan berparlimen demokratik berdasarkan dasar pelbagai kaum
  • Menjamin dan mengekalkan penguatkuasaan hak asasi manusia, membetulkan ketidakadilan dan membantu golongan yang kurang bernasib baik;
  • Untuk memastikan hak dan kepentingan kaum Cina di Malaysia diiktiraf dan dijaga, bersama-sama dengan hak dan kepentingan kaum-kaum lain sepertimana yang diperuntukkan/terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan; 
  • Mengekalkan, memelihara dan menggalakkan sikap muhibah dan harmony di kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia untuk memastikan kemajuan yang aman serta pertumbuhan sebuah negara yang kuat dan bersatu;
  • Memupuk, melindungi, dan membangunkan kepentingan politik, sosial, pendidikan, kebudayaan, ekonomi dan lain-lain kaum Cina di Malaysia dengan cara yang sah dan berperlembagaan;
  • Mempertimbangkan dan membantu ahli-ahli parti menangani masalah secara menyeluruh, dan mengambil langkah untuk memastikan kebajikan mereka;
  • Mengalakkan pembangunan dan penggunaan asset ekonomi negara untuk memanfaatkan rakyat;
  • Mengalakkan taraf hidup yang tinggi dengan meningkatkan produktiviti negara;
  • Mengalakkan keadilan sosial, keselamatan ekonomi dan peluang yang sama bagi semua rakyat;
  • Mengalakkan, menubuhkan dan membangunkan aktiviti-aktiviti koperasi/ yang membangunak sifat bekerjasama  
  • Berkerja dengan parti politik di Malaysia yang mempunyai matlamat dan objektif yang sama untuk mengalakkan perkembangan politik yang sihat;
  • Memelihara dan menjaga pengunaan dan pembelajaran Bahasa Cina, dan memastikan bahawa pengajaran dan pembelajaraannya tidak akan dilarang atau dihalang sepertimana dikandung di bawah Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan;
  • Melakukan tindakan yang sewajarnya untuk memastikan kesejahteran parti dan ahli-ahlinya walaupun ia yang tidak disebut sebelum ini.

Falsafah Politik Parti

 Ideologi politik MCA terkandung di dalam Perlembagaan Parti, iaitu secara ringkasnya:

  • Memelihara dan menjaga kebebasan demokrasi
  • Berusaha mencapai kesaksamaan untuk semua kaum
  • Menegakkan keadilan sosial
  • Mengalakkan keharmonian dan perpaduan
  • Mengalakkan pembangunan ekonomi dan sosial
  • Melindungi hak masyarakat Cina