Presiden MCA

Pada Selasa    31-05-2016 20:18:00

Presiden MCA  
Dato' Sri Liow Tiong Lai

   


Mengenai Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Dato’ Sri Liow Tiong Lai telah menyertai MCA pada tahun 1981 semasa beliau masih seorang mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau telah mengalami banyak cabaran semasa masih belia, dan pengalamannya membuatkan beliau percaya bahawa hanya bidang politik sahaja yang mampu melaksanakan perubahan yang membina dalam bidang sosial dan ekonomi negara.   

Setelah tamat pengajiannya, Liow telah dilantik sebagai pembantu penyelidik di Institut Kajian Dasar dan Analisis Strategik (INSAP), sebuah badan pemikir yang dimulakan oleh MCA. Seterusnya, beliau telah dilantik sebagai pembantu peribadi kepada Timbalan Presiden MCA pada masa itu. Berikutan itu, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Buruh dan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia.

Beliau sentiasa mengambil berat dalam menganjurkan aktiviti dan acara untuk golongan belia. Beliau merupakan pengasas Youth Public Speaking Forum dan Youth Activities Centre diseluruh negara. Beliau juga giat terlibat dalam Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM). Beliau juga telah mengambil bahagian dalam beberapa lawatan muhibah ke China dan telah membina hubungan rapat dengan barisan pemimpin Pemuda Parti Komunis China. Selain itu, beliau juga telah mengambil bahagian dalam beberapa lawatan ke Singapura and China oleh Pemuda BN, dan ke Korea Utara dan Taiwan oleh MCA.

Pada tahun 1999, beliau telah dilantik sebagai Ahli Parlimen Bentong dalam Pilihan Raya Umum ke-10. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Setiausaha dan Pengerusi Pemuda MCA, sebelum diberi tanggungjawab sebagai Naib Presiden MCA pada tahun 2008, dan Timbalan Presiden MCA pada tahun 2010.

Dalam perkhidmatannya sebagai seorang ahli Parliamen, beliau telah menjadi ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC), dan telah mewakili Parlimen dalam Pertubuhan Antara Parlimen ASEAN (AIPO). Pengalaman politik beliau turut meliputi peranannya dalam kementerian, dimana beliau telah dilantik sebagai Menteri Kesihatan (2008-2013) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan (2006-2008).

Dengan latar belakang politiknya yang luas, dan minatnya untuk berkomunikasi dengan golongan belia, Dato’ Sri Liow tetap komited untuk memastikan masa depan yang cerah untuk generasi akan datang.

Pada Oktober 2009, beliau telah dianugerahkan pingat Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran “Datuk Seri” daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka, dan pada Februari 2009 beliau dianugerah pingat Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran “Dato’ Sri”.  Sebelum ini, beliau juga telah dianugerahkan pingat Darjah Indera Mahkota (DIMP) pada tahun 2004, yang membawa gelaran “Dato’” dan Setia Mahkota Pahang (SMP) pada 1997. Pada 2011, beliau telah menerima pingat Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran “Dato’ Seri” daripada DYMM Tuanku Raja Perlis.

Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia, dan MBA dari Universiti Malaya. Isterinya adalah Lee Sun Loo, dan mereka mempunyai seorang anak perempuan dan dua anak lelaki.

Kerjaya Politik

1986 - 1988
Bekerja sebagai pembantu penyelidik di Institut Kajian Dasar dan Analisis Strategik (INSAP) yang berpangkalan di Ibu Pejabat MCA

1988 - 1989
Dilantik sebagai Pembantu Peribadi kepada Timbalan Presiden, Tan Sri Lee Kim Sai

1989 - 1996
Dilantik sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Buruh, Tan Sri Lim Ah Lek

1996 - 1999
Dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Lim Ah Lek

1999 - 2004
Dilantik sebagai Ahli Parlimen Bentong

2008 - Kini
Dilantik semula sebagai Ahli Parlimen Bentong

2006
Dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan

2008
Dilantik sebagai Menteri Kesihatan

2009 - 2013
Dilantik semula sebagai Menteri Kesihatan

Jawatan Parti

1981
Menyertai MCA sebagai ahli biasa

1990
Pengerusi Cawangan Batu 1 Bentong Pemuda MCA
Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA Kebangsaan
Ahli Jawatankuasa Latihan Kader dan Biro Publisiti Pemuda MCA Kebangsaan

1993
Setiausaha Pengelola, Pemuda MCA Pahang

1996
Pengerusi Bahagian Raub Pemuda MCA
Setiausaha Pemuda MCA Pahang
Setiausaha Pengelola Pemuda MCA Kebangsaan

1999
Pengerusi Pemuda MCA Pahang
Timbalan Setiausaha-Agung Pemuda MCA Kebangsaan
Pengerusi Biro Publisiti Pemuda MCA Kebangsaan

2002
Setiausaha-Agung Pemuda MCA Kebangsaan

2005
Pengerusi Pemuda MCA Kebangsaan

2008
Naib Presiden MCA

2009
Timbalan Presiden MCA (dilantik dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA)

2010
Timbalan Presiden MCA (dilantik dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa 2010)

2013
Presiden MCA

Sumbangan dalam Pilihan Raya

1982
Mengambil bahagian dalam kerja-kerja penyediaan dan berkempen dalam PRU

1986
Membantu PRU di Bilik Gerakan Ibu Pejabat MCA

1987
Membantu di Pilihanraya Kecil Gopeng

1988
Membantu di Pilihanraya Ampang dan Bentong

1990
Penyelaras Bilik Gerakan Bentong

1995
Pengarah Bilik Gerakan Bentong

1999
Calon untuk kawasan Parlimen Bentong

2001
Pengarah Bilik Gerakan di Pilihanraya Kecil Ketari

2004
Calon untuk kawasan Parlimen Bentong; Juga membantu berkempen di beberapa kawasan DAP selurh negara

2008
Calon untuk kawasan Parlimen Bentong

2013
Calon untuk kawasan Parlimen Bentong

Aktiviti BN/ Parti

1992
Mengasaskan Youth Public Speaking Forum

1993
Menghadiri Program Pertukaran Belia Antarabangsa, Taiwan

1996
Membantu menubuhkan Youth Activities Centre di seluruh negara
Membantu dalam pelbagai kempen mengutip derma untuk KTAR, termasuk Projek Langkawi untuk Kecemerlangan Pendidikan
Menyertai delegasi Pemuda MCA dalam dialog bersama Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri

1999
Menubuhkan Youth Speaker’s Corner
Menyertai delegasi Pemuda BN dalam dialog khas dengan Pemuda PAP di Singapura

Menyertai delegasi Pemuda BN ke China (dimana bendera Malaysia yang terpanjang dikibarkan atas tembok besar China)
Menyertai delegasi Pemuda MCA melawat Korea Utara, China dan Taiwan

2002
Memainkan peranan penting dalam beberapa aktiviti Pemuda BN seperti Aman Malaysia, Isu Palestin dll

Membantu mengurus kempen Pemuda seperti program ‘Proper English’ Recruitment untuk pemuda profesional dan “Life-long Learning”

Menyertai delegasi Pemuda MCA untuk melawat Kunming, Beijing, China, dan membina hubungan rapat dengan barisan pemimpin Pemuda Parti Komunis China

Mengambil bahagian dalam perbincangan rasmi dengan beberapa Kementerian, termasuk Menteri Pembangunan Usahawan mengenai isu MRSM, Menteri Sumber Manusia  mengenai program pembangunan kemahiran, Menteri Kerjaraya mengenai isu lereng bukit dan tol, dan Menteri Belia dan Sukan mengenai Akta Pertubuhan Belia

Berjaya mengembangkan Youth Public Speaking Forum dengan menubuhkan 14 pusat latihan di seluruh negara. Setakat ini, lebih daripada 3,000 belia telah manfaat dari program ini

Mengalakkan program “Life-long Learning” antara ahli-ahli Pemuda MCA melalui kerjasama dengan Institut Pengurusan Malaysia

Menubuhkan Career Enhancement Programme melalui perkongsian dengan Jobstreet.com

Sebagai ahli Jawatankuasa Penyelia PLKN, beliau telah membantu menubuhkan jawatankuasa pelatih untuk mengambil lebih ramai pelatih kaum Cina

Penghormatan

1997
Setia Mahkota Pahang (SMP)

2004
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)

2009
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)

2009
Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM)

2011
Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP)