Sejarah Parti: 1940an

Pada Khamis    04-08-2016 11:06:00

Pengenalan: Sejarah Penubuhan Parti

Sejarah masyarakat Cina di Malaysia boleh dijejak kepada abad ke-19 atau lebih awal lagi. Pada kurun 1940an, Malaya merupakan tanah jajahan British. Oleh kerana pihak komunis telah melancarkan pemberontakan bersenjata, pihak kerajaan British telah mengisytiharkan darurat pada 1948.

Masyarakat Cina pada masa ini mengalami kesengseraan dan kesusahan kerana kebanyakan ahli-ahli komunis terdiri dari orang bangsa Cina. Ramai orang dari masyarakat Cina telah ditahan oleh pihak kerajaan British, dan beberapa orang dihantar pulang ke China. Ada juga yang telah ditembak oleh askar-askar.

Demi mengasingkan masyarakat Cina yang tinggal di luar bandar dari pengaruh komunis, berates-ratus ribu orang Cina telah diusir dari kampung halaman mereka dan ditempatkan semula di kampung-kampung baru yang ditubuh oleh pihak British.

Pada 27 Februari 1949, Persatuan Cina Malaya (MCA) telah ditubuhkan dengan tujuan menyelamatkan masyarakat Cina dari dihantar balik ke China. Tun Tan Cheng Lock merupakan orang utama dalam penubuhan MCA.

Hasil daripada itu, rancangan British untuk menghantar balik masyarakat Cina ke China dihentikan, dan MCA telah mengambil langkah-langkah segera untuk menyediakan rumah dan membantu menempatkan semula masyarakat Cina di kampung-kampung baru. MCA juga telah menyediakan makanan, perubatan dan bantuan kewangan. Selepas penempatan semula, MCA juga telah membantu menyediakan kemudahan elektrik dan air untuk kampung-kampung baru tersebut. Sekolah-sekolah rendah Cina dan perpustakaan awam juga dibina untuk kegunaan masyarakat Cina.

1949

MCA telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949 dan Sir Tun Tan Cheng Lock telah menjadi Presiden pertama MCA, Yong Shook Lim sebagai Setiausaha Kehormat dan Khoo Teck Ee sebagai Bendahari Kehormat. Pemimpin-pemimpin pengasas lain termasuk H.S Lee (Pengerusi Jawatankuasa Kecil Politik, Pemuda, Wanita), Tan Siew Sin (Pengerusi Jawatankuasa Kecil Publisiti) dan Leong Chong Leng (Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kebajikan Sosial/ Budaya).

Tun Tan Cheng Lock telah menjelaskan bahawa MCA ditubuhkan kerana masyarakat Cina yang taat kepada Malaya mengalami kesengseraan di bawah keadaan darurat, yang bukan sahaja mengancam nyawa mereka tetapi juga kepentingan asas masyarakat Cina. Tambahan pula, ketaatan dan keikhlasan masyarakat Cina terhadap negara juga dipertikai.