Peraturan Mengenai Cawangan Pemuda Baru/ Disusun Semula

Pada Isnin    06-06-2016 19:01:00

Dilulus dan diterima pakai pada Mesyuarat ke-4 Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA (2008-2011) pada 4 Februari 2009

  1. Semua cawangan Pemuda MCA baru/ disusun semula mesti ditubuhkan menurut Perlembagaan MCA dan Undang-undang Kecil Pemuda MCA supaya dianggap sah. Oleh itu, cawangan Pemuda tersebut mestilah di bawah sebuah cawangan MCA yang sah yang mengandungi sekurang-kurangnya 25 ahli-ahli Pemuda yang sah sebelum pengeluaran notis Perhimpunan Agung Pemuda MCA
  1. Selepas cawangan Pemuda memenuhi syarat minimum ini, jawatankuasa cawangan MCA tersebut mesti mengadakan mesyuarat untuk membincangkan pembentukan cawangan Pemuda. Sekurang-kurangnya 3 ahli Pemuda yang sah dari cawangan tersebut mesti dilantik ke jawatankuasa Pemuda, dimana mereka akan melantik seorang Pengerusi dan Setiausaha sesama sendiri.
  1. Setiausa Organisasi cawangan hendaklah melaksanakan semua keputusan yang dibuat dalam mesyuarat, dan menghantar notis perhimpunan cawangan Pemuda dan borang pencalonan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum perhimpunan Pemuda tersebut kepada semua ahli Pemuda yang sah. Satu salinan notis juga mesti dihantar kepada Cawangan MCA, Pemuda MCA Bahagian, Pemuda MCA Negeri dan Pemuda MCA Kebangsaan. Agenda notis tersebut mesti mengandungi:
  • Pemilihan Speaker Perhimpunan Pemuda
  • Ucapan Pengerusi Penganjur
  • Pemilihan pengira undid an pemantau
  • Pemilihan jawatankuasa cawangan Pemuda MCA
  • Debat
  • Pelulusan resolusi-resolusi
  1. Setiausaha organisasi atau pengerusi pilihanraya mesti membekalkan borang pencalonan yang mencukupi untuk diedarkan kepada ahli-ahli. Salinan borang boleh diterima.
  1. Setiap pencalonan mesti ada 3 salinan; satu untuk papan kenyataan, satu untuk disimpan setiausaha atau pengerusi plihanraya, dan satu untuk diiktiraf oleh penerima dan dipulangkan balik kepada ahli yang membuat pencalonan.
  1. Daftar keahlian mesti diambil dari Biro Organisasi Ibu Pejabat MCA sebelum notis perhimpunan dihantar. Dafter tersebut mesti dipaparkan untuk pemeriksaan ahli-ahli di pusat pencalonan. Tempoh akan ditentukan oleh cawangan Pemuda, tetapi ia mesti dipaparkan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum waktu pencalonan ditutup.  
     
  2. Bagi pelulusan resolusi, peraturan-peraturan mengenai pemilihan Parti, tempat pemilihan dan tatakelakuan ahli-ahli, sila rujuk ke Peraturan-peraturan Mengenai Pemilihan di Semua Peringkat MCA
  1. Pemuda Negeri tersebut mesti melantik seorang penyelia untuk memastikan bahawa pembentukan/ penyusunan semula cawangan Pemuda tersebut mengikut syarat-syarat yang diperlu.
  1. Selepas penutupan pencalonan, setiausaha jawatankuasa penganjur mesti menghantar salinan borang pencalonan kepada Bahagian Pemuda MCA, Pemuda MCA Negeri, dan Pemuda MCA Kebangsaan.
  1. Setiausaha jawatankuasa penganjur juga harus menyerahkan senarai pemegang jawatan cawangan kepada Bahagian Pemuda MCA, Pemuda MCA Negeri dan Pemuda MCA Kebangsaan selepas tamatnya perhimpunan.
  1. Sekretariat Pemuda Kebangsaan akan menjawab surat dari cawangan Pemuda tersebut dan mengemaskinikan senarai keahlian Pemuda di Ibu Pejabat MCA dalam tempoh satu minggu selepas menerima senarai pemegang jawatan.