Bekas Ketua Pemuda

Pada Selasa    14-06-2016 16:38:00

Ketua Pemuda Pertama

Tan Xuan Kok

(1955-1959)

Pada tahun 1955, MCA telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sayap Pemudanya yang akan berfungsi sebagai badan yang tersendiri, dimana sebelum ini ia hanya merupakan sebahagian daripada Seksyen Politik, Pemuda dan Wanita MCA.

Oleh kerana kebanyakan Negeri dan Bahagian sayap Pemuda telah ditubuhkan, perhimpunan agung pertama bagi sayap Pemuda telah diadakan di Kuala Lumpur, di mana Tan Xuan Kok telah dilantik sebagai Ketua Pemuda MCA Kebangsaan yang pertama.

Semasa Perhimpunan Agung sayap Pemuda pada tahun 1956, ia telah diputuskan bahawa sayap pemuda akan dinamakan semula sebagai Pemuda MCA Kebangsaan. Mengikut ini, Pemuda MCA di semua peringkat Parti telah ditubuhkan, dan aktiviti-aktiviti rekreasi dan sukan yang dianjurkannya telah menerima sokongan yang menggalakkan daripada golongan belia.

Pemuda MCA kemudian memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan oleh badan induk MCA, dan telah mengambil bahagian dalam semua pilihan raya yang diadakan sebelum dan selepas Merdeka dan meyumbang kepada Parti Perikatan. Pemuda MCA juga telah memainkan peranan penting dalam isu-isu penting seperti permohonan kewarganegaraan dan pendaftaran pengundi dengan mengerakkan ahli-ahlinya.

    

Ketua Pemuda
Ke-2

Cheah Theam Swee

(1959-1962)

Cheah Theam Swee telah dilantik sebagai Ketua Pemuda Kebangsaan pada 1959. Beliau telah menambah baik struktur organisasi Pemuda MCA untuk menjadi lebih cekap. Selepas pelantikannya, Cheah Theam Swee dan ahli-ahli jawatankuasanya telah menyusun semula struktur dalaman Pemuda MCA. Mereka juga telah membina hubungan yang lebih rapat dengan semua sayap Pemuda Negeri, demikian menyatu-padukan dan meningkatkan semangat ahli-ahli Pemuda MCA. Hasilnya, pergerakan Pemuda MCA telah berkembang di seluruh negara.

Di bawah kepimpinan Cheah Theam Swee, MCA telah manfaat dari sebuah imej yang baru; meriah dan berkembang. Pemuda MCA Kebangsaan telah bekerjasama dengan MCA di peringkat pusat sejak 1960 dan telah menganjurakan beberapa latihan kader untuk memupuk cara pemikiran politik yang betul, dan melatih orang untuk mempertahankan demokrasi.

Dalam tempoh ini, negara kita menghadapi ancaman dalam bentuk kumpulan anti-Malaysia; penyusupan dan sabotaj oleh pihak komunis, dan ancaman pencerobohan oleh Indonesia. Dalam semua ini, Pemuda MCA telah menujukkan semangat patriotisme yang tinggi dengan  berdiri di barisan hadapan untuk mengekalkan keselamatan dan bersatu-padu menentang ancaman luar.


Ketua Pemuda
Ke-3

Tan Sri
Lee Siok Yew

(1962-1963)

Pada 1962, Pemuda MCA telah mengadakan Perhimpunan Agung Tahunannya ke-5 dan pilihanrayanya yang pertama di peringkat kebangsaan. Tan Sri Lee Siok Yew telah dipilih sebagai Ketua Pemuda. Walaupun begitu, beliau masih dianggap sebagai Ketua Pemuda ketiga.   

Semasa tempoh perkhidmatan beliau, masyarakat Cina menghadapi ketidaktentuan. Oleh itu, beliau telah mengetuai ahli-ahli Pemuda MCA untuk bekerjasama dengan kaum-kaum lain dan beliau juga memikul tanggungkawab menjaga keselamatan dengan memerangi pihak komunis.  Dengan ini, Pemuda MCA telah bersatu-padu menentang pihak “anti-Malaysia” habis-habisan. Pada masa sama, ia juga telah mengkritik dan menentang aktiviti-aktiviti ketenteraan Indonesia.

Beliau juga telah mengemukakan rancangan untuk menyusun semula Pemuda MCA dan manambahkan jumlah cawangannya. Usaha beliau untuk menubuhkan asas yang kuat dan kerjasama rapat antara MCA dan Pemuda MCA telah membantu Parti mengharungi banyak cabaran. Pemuda MCA juga telah meningkatkan taraf sukan negara dengan meneroka dan memupuk lebih ramai bakat. 


Ketua Pemuda
Ke-4

Tan Sri
Lee San Choon

(1963-1975)

Tan Sri Lee San Choon telah dipilih sebagai Ketua Pemuda MCA kempat pada 1963. Beliau komited untuk merekrut lebih belia profesional dan berpendidikan untuk menyertai MCA dan menjadi kader Pemuda MCA. Dalam tempohnya sebagai Ketua Pemuda, di telah mengembangkan skop politik Pemuda MCA, serta menekankan kepentingan kuasa ekonomi untuk negara.

Pada 1967, Lee San Choon telah mencadangkan semasa Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-10 sebuah “Kerjasama Pelbagai Budaya Malaysia” yang mempunyai kesan yang mendalam untuk Parti. Demi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru, Pemuda MCA telah mengalakkan masyarakat bukan-Melayu untuk lebih bersedia dan berdikari supaya tidak ketinggalan dalam pembangunan ekonomi, dan bekerjasama untuk mengembangkan pai ekonomi negara.

Sementara itu, Pemuda MCA juga telah menyumbang kepada aktiviti-aktiviti budaya yang dilancarkan MCA pada 1964 yang bertujuan untuk membimbing golongan belia ke arah yang betul. Pemuda MCA juga tidak mengabaikan bidang sukan dengan menganjurkan beberapa aktiviti sukan. 


Ketua Pemuda
Ke-5

Tan Sri
Chan Siang Sun

(1975-1979)

Pada 1975, Pemuda MCA telah melantik Tan Sri Chan Siang Sun sebagai Ketua Pemuda ke-5. Beliau telah menetapkan matlamat utamanya untuk memulihkan Bahagian dan Cawangan MCA yang telah reda, supaya dapat mengembalikan martabat Pemuda MCA.

Selain membantu MCA mempromosikan aktiviti-aktivitinya, Pemuda MCA juga telah memainkan peranan penting dalam melaksanakan 5 Pelan MCA. Pada 1977, Pemuda MCA telah membantu mengumpul dana untuk pembinaan bangunan MCA yang baru dengan melancarkan program menjual batu emas di seluruh negara.  Di bawah kepimpinannya, Pemuda MCA di seluruh negara telah menyahut seruannya dan berjanji untuk mengumpul lebih dari RM1juta.

Beliau juga telah menggalakkan hubungan yang lebih rapat dengan semua sayap pemuda parti-parti komponen BN. Beliau juga percaya bahawa Pemuda MCA mampu membantu dalam pembangunan dan kestabilan politik di negara. Beliau juga menggalakkan golongan belia untuk memberi perkhidmatan in kawasan pendalaman dan menganjurkan lebih aktiviti budaya. Dalam tempoh ini, Pemuda MCA telah menumpukan arah politiknya untuk berkhidmat untuk rakyat dan memperjuangkan kepentingan negara, membentuk imej masyarajat yang bermaruah dan menerajui Pemuda MCA untuk menggalakkan keharmonian dan perpaduan di kalangan belia pelbagai kaum.


Ketua Pemuda 
Ke-6

Tan Sri
Lee Kim Sai

(1979-1984)

Pada 1979, Tan Sri Lee Kim Sai telah dipilih sebagai Ketua Pemuda ke-6. Di bawah kepimpinannya, Pemud MCA telah bertemu dengan beberapa kumpulan ekstremis yang membangkitkan beberapa isu-isu sensitif kepada masyarakat Cina. Ia kelihatan bahawa terdapat pergerakan untuk membantut Pemuda MCA dalam perjalanan politiknya. Pada masa itu, masyarakat Cina menghadapi pelbagai ancaman dan telah kehilangan harapan akibat daripada tuduhan-tuduhan yang disasarkan terhadap mereka.

Oleh itu, Pemuda MCA tiada pilihan kecuali memikul tanggunbjawabnya untuk memperbetulkan kesalahan dalam pentadbiran. Mereka telah bertemu dengan semua pihak berkaitan di seluruh negara untuk membincang dan menyelesaikan masalah-masalah yang tertimbul. Pada masa itu, masyarakat Cina kurang bernasib baik akibat pelbagai sebab, dan memerlukan seorang pemimpin seperti Lee Kim Sai yang berani memimpin Pemuda MCA dalam peranannya untuk memastikan keadilan. 

Di bawah beliau, Pemuda MCA telah mencipta imej sebagai sebuah parti yang berani, dan telah disanjung oleh masyarakat Cina. Pergerakan ini tepat pada masanya kerana masyarakat menghadapi masalah ketidakadilan dalam pentadbiran. 


Ketua Pemuda
Ke-7

Dato’ Seri
Kee Yong Wee

(1985-1987)

Pada 1985, Dato’ Seri Kee Yong Wee telah dipilih sebagai Ketua Pemuda ke-7. Selepas masalah-masalah dalaman yang dihadapi MCA, terdapat banyak isu-isu yang memerlukan perhatian Pemuda MCA.

Oleh itu, beliau harus menyimpan perasaan tidak puas hati dan dendam untuk memperbaiki sayap Pemuda. Setelah dilantik, beliau telah menerajui 3 Dasar Perubahan Pemuda MCA untuk menjadikannya lebih cekap, tersusun dan sistematik melalui penubuhan pusat perkhidmatan buruh, penganjuran forum politik, dan penubuhan “Forum Pemuda MCA”.

Pada masa sama, Pemuda MCA juga telah bekerjasama dengan MCA untuk menganjurkan roadshow dengan tujuan membina imej “MCA adalah masyarakat Cina, dan masyarakat Cina adalah MCA”.  Walaupun tempoh perkhidmatannya pendek, beliau telah disanjung masyarakat Cina atas usaha-usahanya dalam isu-isu “buku telefon Cina” dan “pertukaran nama jalan raya”. 


Ketua Pemuda
Ke-8

Dato’ Yap Pian Hon

(1987-1990)

Pada 1987, Dato’ Yap Pian Hon telah dilantik sebagai Ketua Pemuda ke-8 semasa Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda MCA ke-25. Tanggungjawab pertama beliau adalah untuk menaikkan semula semangat dan menyusun semula tugas Pemuda MCA.

Dalam tempoh itu, Pemuda MCA telah menghadapi cabaran yang paling susah dalam sejarahnya dimana UMNO telah memutarbelitkan kenyataan-kenyataan MCA sebagai satu cabaran kepada maruah Melayu. Oleh itu, beliatu terpaksa menghadapi cabaran ini di samping menegakkan prinsip-prinsip Parti untuk membolehkan MCA menangani masalah ini.

Beliau telah menekankan bahawa Pemuda MCA merupakan barisah hadapan pertahanan Parti, dan berfungsi membawa kepentingan masyarakat Cina kepada kerajaan. Oleh Itu, Pemuda harus melindungi masyarakat Cina dari semua kenyataan dan isu-isu yang bertujuan menyakitkan hati mereka. Pemuda MCA telah berinteraksi dengan pelbagai parti dan membangunkan aktiviti-aktiviti yang memafaatkan golongan belia.  


Ketua Pemuda
Ke-9

Tan Sri
Chan Kong Choy

(1990-1999)

Pada tahun 1990, Tan Sri Chan Kong Choy telah dipilih sebagai Ketua Pemuda ke-9 semasa Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda MCA ke-27. Beliau telah memperkukuhkan organisasi dan operasi Parti, dan megembara ke seluruh negara demi memperkukuhkan hubungan antara ahli-ahli Pemuda MCA. Pada masa sama, beliau juga telah mencadang Pemuda MCA menukar polisi dan strateginya supaya boleh menjaga kepentingan rakyat dengan lebih cekap.

Di bawah kepimpinannya, Pemuda MCA telah menekankan sikap pragmatik untuk menyelesaikan masalah-masalah negara melalui perundingan. Ini tidak bermakna bahawa Pemuda MCA telah meninggalkan peranannya sebagai sebuah kumpulan pendesak, tetapi yang penting ialah perjuangan politik yang realistik untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat.     

Tahun 1990an boleh dikatakan sebagai tempoh pelahiran semula Pemuda MCA. Di samping meneruskan peranannya sebagai pemantau dan penyelia dasar-dasar kerajaan, Pemuda MCA juga telah menyampaikan pandangannya kepada pihak-pihak berkaitan. Pada masa sama, Pemuda MCA juga meluaskan skop perjuangannya yang dibuktikan dari segi perkhidmatan masyarakat yang lebih pelbagai dan kukuh.

Di bawah kepimpinannya, Pemuda MCA telah menubuhkan Public Speaking Center yang telah melatih ramai penceramah. Beliau juga telah menganjurkan beberapa program berskala besar untuk menggalakkan penyertaan belia dalam pembangunan negara, mempromosikan budaya dan warisan masyarakat Cina, mempromosikan pendidikan melalui kempen berbasikal, dan kempen beli barang buatan Malaysia dan konsert patriotik. Kesemua program ini telah memanfaatkan masyarakat Cina.

Beliau juga telah mengetuai Pemuda MCA dan persatuan belia Cina ke arah teknologi baru pada akhir abad ke-20.


Ketua Pemuda
Ke-10

Tan Sri
Ong Tee Keat

(1999-2005)

Pada 1999, Tan Sri Ong Tee Keat telah dipilih sebagai Ketua Pemuda ke-10. Beliau telah memimpin Pemuda MCA untuk berjuang untuk demokrasi yang lebih baik dan lebih kebebasan bersuara. Pada masa yang same, beliau juga berpendapat bahawa Pemuda MCA harus memupuk belia Cina dan akar umbi untuk melibatkan diri dalam perbincangan politik supaya cita-cita boleh dicapai.

Oleh itu, Pemuda MCA harus merancang danmelaksanakan semua idea untuk memupuk belia Cina dalam perancangan kehidupan dan pembelajaran sepanjang hayat, selain daripada hanya memberi pandangan terhadap isu-isu. Dalam tempoh ini, Pemuda MCA telah membantun masyarakat Cina dengan meningkatkan peluang pendidikan, memohon biasiswa, mengedalikan rayuan kemasukan ke universiti awam, dan kemasukan pelajar-pelajar Cina ke MARA.

Pada masa sama, Pemuda MCA juga mempromosikan aktiviti-aktiviti belia untuk membolehkan lebih belia Cina mengambil bahagian dan bergaul dengan rakyat-rakyat yang lain. Pada 2003, Pemuda MCA mengikut jejak langkah MCA dengan menghadkan tempoh Ketua Pemuda kepada 3 penggal, atau 9 tahun.


Ketua Pemuda
Ke-11

Dato’ Sri
Liow Tiong Lai

(2005-2008)

Dato’ Sri Liow Tiong Lai telah dipilih sebagai Ketua Pemuda ke-11 pada Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda MCA ke-42 pada 2005. Beliau telah menekankan bahawa Pemuda MCA perlu mengambil pendirian teguh dalam isu-isu berkaitan kepentingan semua kaum, dan tidak boleh mengelak atau membuat provokasi. Pemuda MCA telah memegang teguh kepada Persekutuan Perlembagaan dan mengamalkan perpaduan dan keharmonian agama dalam usaha menangani pandangan ekstrimis. Pemuda MCA juga telah mengkritik Khairy Jamaluddin atas ucapannya yang menggunakan perkataan “pendatang”, dan telah menggesa semua pihak berkaitan untuk memberi penjelasan, dan menyaran tindakan terhadap pesalah-pesalah.

Beliau juga berpendapat bahawa Pemuda MCA harus menjadi lebih profesional dalam era baru ini. Oleh itu, beliau telah meneruskan usaha untuk merekrut dan melatih belia, lalu menyumbang kepada pembangunan Parti dan negara. Untuk menjadikan Pemuda MCA lebih muda, Undang-undang Kecil telah dipinda untuk memasukkan ahli-ahli berumur 35 tahun ke bawah dalam Jawatankuasa Pusatnya.

Beliau juga telah memperkenalkan “1 Matlamat dan 6 Agenda”, dan biro-biro Pemuda MCA telah menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat tersebut. Ini melambangkan perpaduan Pemuda MCA.

Di bawah kepimpinannya, beberapa program berskala besar telah diadakan untuk memanfaatkan Parti dan negara. Selain daripada “Sambutan Ulang Tahun ke-50 Pemuda MCA” yang telah menunjukkan sumbangan Pemuda MCA kepada pembangunan negara, ia juga menganjurkan lawatan ke semua sekolah persendirian Cina di Malaysia, sambutan kemerdekaan negara ke-50, konsert “Saya Sayangi Rumahku Malaysia” dan lain-lain lagi.

Sepanjang tempoh beliau, Pemuda MCA telah menjadi berani bersuara, prihatin dan adil. Skiap-sikap ini telah membantu Pemuda MCA menjadi lebih berkesan dalam perannanya sebagai sebuah kumpulan pendesak yang memberi kritikan membina. Pemuda MCA telah memperjuangkan isu-isu hak cipta muzik, memantau dasar-dasar negara, mempertahankan penggunaan Bahasa Cina sebagai Bahasa pengantara di SJKC, dan menjadi barisan hadapan pertahanan MCA di semua pilihan raya kecil.


Ketua Pemuda
Ke-12

Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong

(2008-2013)



Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong telah dipilih sebagai Ketua Pemuda ke-12 pada 2008. Di bawah kepimpinannya, Pemuda MCA telah melaksanakan dasar “2gether Empower Youth”. Pada 20 Mei 2013, Jawatankuasa Pusat Pemuda telah bersetuju sebulat suara untuk merendahkan had umur ahli-ahli dari 45 tahun ke 40 tahun. Hasil daripadanya, Pemuda MCA telah mengembalikan semangat asas parti, tetapi juga memperkenalkan struktur kepimpinan Pemuda MCA yang baru.

Dalam tempoh ini, MCA telah mengalami kekalahan teruk dalam 2 Pilihan Raya Umum, bersama-sama dengan ketimbulan isu-isu kontroversi yang menjejaskan keharmonian bangsa dan agama, dan sekaligus menjejaskan kepentingan masyarakat Cina di bidang politik, ekonomi, budaya dan pendidikan. Walaubagaimanapun, beliau tetap komited mempertahankan pendapat umum dan tidak tunduk kepada pihak berkuasa, dan telah mengetuai Pemuda MCA untuk mempertahankan kepentingan parti dan masyarakat Cina dari dasar-dasar dari BN ataupun pembangkang yang melanggar hak asasi masyarakat Cina. 

Isu pendidikan antara isu-isu yang penting kepada masyarakat Cina. Oleh itu, Pemuda MCA, melalui Biro Pendidikan dan Biro Pendidikan Vokasionalnya, sering berjuang untuk menambah peluang pendidikan bagi masyarakat Cina, dan mencari penyelesaian kepada masalah-masalah atau dasar-dasar yang kurang adil kepada pelajar-pelajar Cina. Pada masa ini, beliau juga dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan. Dengan sokongan MCA, beliau telah berpegang teguh kepada semangat parti untuk mempertahankan kepenting masyarakat Cina dalam bidang pendidikan.

Beliau juga telah bekerjsama dengan persatuan-persatuan pendidikan Cina untuk membetulkan sistem pendidikan pada masa itu, melalui pengumpulan data untuk disampaikan kepada Menteri dan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan, terutamanya mengenai isu-isu kekurangan guru-guru dan kekurangan dana untuk SJKC. Tambahan, beliau juga telah membantu beberapa pelajar Cina cemerlang untuk memasuki universiti awam dan matrikulasi yang tercicir kerana kontroversi kriteria pemilihan yang dilaksanakan ole universiti-universiti awam. Hasilnya, Pemuda MCA telah disanjung masyarakat Cina kerana sumbangannya dalam pendidikan golongan belia.