Permohonan Keahlian Baru

Pada Selasa    31-05-2016 12:43:00

Syarat-syarat menjadi ahli MCA

a)      Berumur tidak kurang daripada 18 tahun;

b)      Warganegara Malaysia berbangsa Cina;

c)       Bersetuju untuk mematuhi semua peraturan, undang-undang kecil serta syarat-syarat yang digunapakai kepada keahlian parti dari semasa ke semasa, untuk mematuhi Perlembagaan Parti dan program, prinsip dan dasar Parti; dan

d)      Tidak boleh jadi ahli, atau dikaitkan, dengan parti politik yang lain.

Bagaimana menjadi ahli MCA?

Lengkapkan borang permohonan keahlian (online: emember.mca.org.my/ ataupun secara manual) dan hantarnya ke Ibu Pejabat MCA (Jabatan Keahlian) dengan dokumen-dokumen sokongan dan kos bayaran.

  1. Dokumen yang diperlukan:
    1. Satu salinan MyKad (depan dan belankang atas kertas saiz A4)
    2. Satu salinan gambar berwarna bersaiz pasport (umur pemohon mestilah padan dengan gambar pasport)
    3. Yuran Keahlian

Jenis Keahlian

Yuran Tahunan

Biasa

RM10 untuk 5 tahun

(RM2/- setahun)

Seumur hidup

RM100/- seumur hidup

*Permohonan yang dibuat dalam talian hanya untuk Keahlian Seumur Hidup sahaja


Langkah-langkah untuk Pemohonan Keahlian Baru

 

Secara manual

 

Secara online

1.

Lengkapkan borang permohonan

Lengkapkan borang permohonan bersama-sama dengan dokumen sokongan, dan membuat bayaran secara online

2

Lampirkan dokumen-dokumen sokongan

Proses Pengesahan Biometrik*

3.

Buat bayaran melalui cek/ wang pos (Bayar kepada: MCA HQ)

Pengesahan dibuat oleh sekretariat

4

Hantar kepada Ibu Pejabat MCA - Jabatan Keahlian

Sekretariat akan mengumpul dan menyerahkannya kepada Majlis Presiden untuk diluluskan

 

5

Pengesahan dibuat oleh sekretariat

Kad Keahlian dihantar kepada ahli baru

6

Proses Pengesahan Biometrik

 

7

Sekretariat akan mengumpul dan menyerahkannya kepada Majlis Presiden untuk diluluskan

 

8

Kad Keahlian dihantar kepada ahli baru

 

*Mulai 1 September 2014, sesiapa yang ingin menyertai MCA mesti melalui proses pengesahan biometric.


Klik sini untuk cari pusat pengesahan biometrik yang terdekat.


Untuk apa-apa pertanyaan

Ibu Pejabat MCA - Jabatan Keahlian
Tingkat 8, Wisma MCA
163 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Tel: 03-2203 3811/3812/3813/3814/3815

Faks: 03-2203 3820

Emel: membership@mca.org.my

*Berdasarkan terma & syarat