11 Disember 2019

Kenyataan Media Setiausaha Agung Pemuda MCA, Sdr Daniel Wa Wai How

Hidupkan semula konsep Klinik 1Malaysia

Susulan pengumuman Kementerian Kesihatan bahawa kawalan fi perundingan bagi klinik swasta dan doktor pergigian akan dimansuhkan, kos perubatan dijangka akan meningkat. Sehubungan itu,  kerajaan PH digesa melaksanakan semula konsep Klinik 1Malaysia demi kepentingan golongan B40 berpendapatan rendah.

Penutupan 34 Klinik 1Malaysia pada tahun lepas oleh kerajaan PH kerana dianggap membazirkan, ditambah pula dengan pemansuhan kawalan fi perundingan, membuat golongan miskin menjadi buntu dan rasa seperti diabaikan kerajaan.

Tambahan lagi, status semasa penutupan 34 Klinik 1Malaysia tersebut masih tidak diketahui, dan ini menyebabkan rakyat bertanya jika ada lagi Klinik 1Malaysia yang bakal ditutup?

Kepentingan golongan berpendapatan rendah tidak sepatutnya diketepikan, lebih-lebih lagi apabila hospital kerajaan dilaporkan sering penuh sesak. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, keputusan memansuhkan kawalan fi patut dibuat secara holistik supaya rakyat tidak dibebankan.

-MCA online-