12 Jun 2019

Kenyataan Media Naib Pengerusi Pemuda MCA, Sdr Chua Hock Kuan mengenai insiden “penyakit misteri” di Kuala Koh

Semalam saya meluangkan masa ke Hospital Gua Musang bersama En Chee, Ketua Bahagian MCA Gua Musang untuk menziarah dan bertanya khabar kepada mangsa-mangsa orang asli suku Batek yang disyaki dijangkiti virus Pneumonia atas dasar keprihatinan parti MCA terhadap sesama umat. Sebagai pembangkang, kami hanya mampu berbekalkan keprihatinan dan keikhlasan. Walau bagaimanapun, hasrat kami tidak tercapai apabila kami tidak dibenarkan memasuki wad yang telah dikuarantin atas dasar penyakit berjangkit.

Kepada mereka yang telah berkuasa, saya ingin mengutarakan beberapa persoalan yang saya percaya semua rakyat ingin tahu:

1. Mengapakah diagnosis jenis virus belum dikenalpasti sedangkan mengikut maklumat, kes kematian pertama dilaporkan pada 2hb Mei lagi dan apakah punca/sumber merebaknya penyakit ini?

2. Diagnosis dilakukan segera sebaik kematian pertama ataupun setelah dihebohkan kepada umum apabila bilangan kematian telah bertambah kepada 14 orang baru kerajaan mengambil serius kes ini? Adakah nyawa orang asli lebih rendah nilainya berbanding orang lain? Sedangkan jika pelarian daripada luar juga kita bela nasib mereka, inikan pula rakyat kita sendiri diabaikan kebajikan.

3. Apakah langkah yang akan diambil untuk mengelakkan virus ini terus merebak?

4. Adakah orang kampung Koh akan dipindah ke penempatan sementara kerana kampung mereka penyakit telah merebak dalam kampung mereka?

Kebajikan seluruh rakyat terletak di tangan kerajaan yang memerintah, jangan prihatin semasa PRU atau PRK sahaja.

-MCA online-