Malaysia sekali lagi mencipta sejarah apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini dapat merentasi sempadan Thailand sehingga ke Laos melalui perkhidmatan Kargo.

Kejayaan itu telah di sampaikan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang telah merasmian Majlis Flag-Off (Dry Run) Perkhidmatan Tren ASEAN Express di Stesen KTMB Kuala Lumpur, semalam.

“Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui perkhidmatan Kargo telah meluaskan perniagaan merentasi sempadan Thailand sehingga ke Laos. la merupakan kerjasama di antara State Railway of Thailand dan Lao Railways.

“Menyempurnakan Majlis Flag-off (Dry Run) Perkhidmatan Tren ASEAN Express di Stesen KTMB Kuala Lumpur petang tadi,” kata Ka Siong menerusi hantaran yang dikongsi di Facebooknya.

Ujar beliau, perkhidmatan tersebut berjalam pada 11 Ogos dimana simulasi tren pertama akan merentasi laluan Padang Besar, Bangkok dan Nongkhai.

Dalam masa yang sama, peluanh kesalinghubungan ini dapat meningkatkan kemampanan logistik antarabangsa darat dan maritim disamping dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

“Melalui ekonomi yang berkembang juga dengan cara menjimatkan kos perdagangan rentas sempadan,” tambahnya lagi.

Hadir sama, Pengerusi KTMB, Datuk Musa bin Haji Sheikh Fadzir; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Datuk Razali bin Mohamad; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, En Mohd Rani Hisham Samsudin; dan Ketua Pegawai Eksekutif Northport Datuk Azman Shah Mohd Yusof.

-BN News Online-