12 Oktober 2019

Kenyataan Media Ketua Biro Komunikasi & Diplomasi Antarabangsa MCA, Dr. Tee Ching Seng

Jangan bercakap kosong sahaja – Tepati janji meneruskan Projek RTS

Walaupun kami mengalu-alukan hasrat kerajaan bahawa Projek Sistem Rapid Transit (RTS) dengan Singapura akan diteruskan, sepertimana yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2020, namun tiada maklumat lanjut diberikan. Adakah ini bermaksud kerajaan “sedia meneruskan projek RTS”? Ataupun kerajaan hanya “berhasrat meneruskan, tetapi belum sedia lagi”? 

Jika kerajaan memang bersedia meneruskannya, maka ia berita baik bagi rakyat. Malangnya, butir-butir yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 hanya mengulangi janji-janji sama yang diberi Menteri Penangkutan Anthony Loke sepanjang 17 bulan lalu, iaitu “RTS akan dimuktamadkan”, “kami sudah mencapai persefahaman (dengan Singapura)” dan “kami akan membuat meneruskan RTS”.

Jika kerajaan betul-betul ikhlas meneruskan projek RTS, maka ia tidak patut ditangguhkan sekali lagi, sebaliknya dimulakan dengan serta merta. Janganlah biar rakyat menunggu lagi. Mereka sudah menunggu selama 17 bulan. Bukankah ini sudah cukup menyeksakan? Atau adakah kerajaan Pakatan Harapan sedang menggunakan projek RTS sebagai alat politik untuk memenuhi agenda politik mereka sendiri?

Pelbagai pihak, termasuk pertubuhan masyarakat dan penduduk Johor telah berkali-kali mendedak kerajaan untuk memulakan semula kerja-kerja pembinaan projek RTS, namun kerajaan selalu menangguhkannya. Ini seakan menipu rakyat, dan menghukum mereka yang bekerja di Singapura kerana terpaksa mengharungi kesesakan trafik di Tambak Johor setiap hari.

Jika Pakatan Harapan ikhlas mengutamakan kebajikan rakyat, mereka tidak sepatutnya menangguhkan atau memberhentikan projek infrastruktur mega yang berorientasikan rakyat semata-mata kerana agenda politik. Mereka sepatutnya menjelaskan dalam Belanjawan 2020 secara rangka kerja komprehensif untuk meneruskan projek RTS, dan bukan hanya menyuarakan “hasrat” mereka sahaja.

Dengan ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke digesa mengumumkan status projek RTS kepada rakyat dengan segera, dan menepati janjinya untuk meneruskan projek tersebut, bukannya menangguhkannya sekali lagi. Dengarlah kehendak rakyat!

-MCA online-