13 Julai 2018

Kenyataan Media Setiausaha Agung Pemuda MCA Dato’ Leong Kim Soon

Adakah pengiktirafan UEC dibincang dalam mesyuarat Kabinet?

Semua menteri DAP harus menjawab jika pengiktirafan UEC telah dibincangkang dalam mesyuarat Kabinet semalam. Ini penting untuk memperjelaskan pertikaian dan salah faham yang mungkin timbul daripada isu tersebut, lebih-lebih lagi memandangkan kontroversi yang menyelubungi isu ini.

Manifesto Pakatan Harapan jelas menyatakan bahawa ia akan memberi pengiktirafan penuh kepada UEC, malah Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching juga melafazkan harapannya untuk menyelesaikan isu tersebut pada akhir tahun ini. Akan tetapi, isu ini malangnya telah menghasilkan kontroversi. Oleh itu, DAP diminta mengambil 3 langkah berikut dengan serta-merta:

  1. Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mendakwa bahawa pengiktirafan UEC harus dikaji jika ia menjejaskan status Bahasa kebangsaan dan perpaduan negara. DAP bertanggungjawab menperjelaskan pandangan Menteri dalam Kabinet dan membuat pendirian bahawa pengiktirafan UEC tidak akan menjejaskan status Bahasa kebangsaan mahupun perpaduan negara.

  2. Menggesa Kabinet mengulangi pendirian untuk menunaikan janji manifestonya, iaitu untuk mengiktiraf UEC dengan sepenuhnya.

  3. Mempertahankan pendirian Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching untuk mendapatkan pengiktirafan UEC pada akhir tahun. DAP bertanggungjawab membangkitkan isu ini di dalam mesyuarat Kabinet. Ini kerana Nie Ching telah memberi alasan bahawa beliau bukan seorang pembuat keputusan, maka beliau tidak boleh menjamin pengiktirafan UEC.  

Dato’ Leong Kim Soon
Setiausaha Agung Pemuda MCA

-MCA online-