Pemulangan kali kedua kertas siasatan bakal membawa kepada dua kesan utama
Kereta rasmi baru diutamakan, kepentingan penduduk Pulau Pinang dibelakangkan  

Ahli Parlimen Kluang harus minta maaf dalam isu buku lucah dan Jawi

Pada Selasa    13-08-2019 09:09:00

13 Ogos 2019

Kenyataan Media Naib Presiden MCA, Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker

Ahli Parlimen Kluang harus minta maaf dalam isu buku lucah dan Jawi

DAP usahlah salahkan MCA dan UMNO apabila Ahli Parlimen mereka dirakam mempersenda tulisan Jawi dengan mengatakan tulisan juga terdapat dalam buku-buku lucah. Apakah maksud dan matlamat Ahli Parlimen Kluang membuat kenyataan ini dengan nada “sinis, mengaibkan dan menghina”. Sebagai sebuah parti yang mantap, kenyataan sedemikian pasti akan menyalakan emosi tidak puas dan DAP pun tahu ia amat sensitif dan provokatif.

Alasan ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi bahawa kenyatannya disalah tafsir, atau diambil di luar konteks oleh MCA dan UMNO tidak masuk akal, kerana video yang dirakamkan memberi gambaran yang sebenar apa bila Ahli Parlimen berkenaan berseloro dan ketawa serta mengingatkan jangan diketahui ektremis-ektremis agama.

Hakikatnya, beliau sendiri yang memperlekehkan Islam dan Jawi dengan membawa unsur pornografi dan lucah dalam naratif politiknya. Ia bukan MCA mahupun UMNO yang memaksa Wong bercakap sebegitu. DAP berani berbuat demikian kerana ia dilakukan di dalam acara pintu tertutup.

DAP seharusnya bertaubat dan meminta Ahli Parlimen mereka memohon maaf dan bukannya degil cuba menyalahkan MCA dan UMNO. Ini memang taktik biasa Pakatan Harapan, malah sebelum ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga dilaporkan menyalahkan media berbahasa Cina Sin Chew menimbulkan kebimbangan rakyat dalam isu-isu sebenar.

DAP juga sepatutnya bertaubat dan berhenti mencuba menyalahkan orang yang merakamkan kenyataan yang dibuat. Sebaliknya penumpuan harus diberi pada Ahli Parlimen mereka yang bersalah dalam membuat menyatakan kenyataan menghina tersebut? Sekiranya Ahli Parlimen Wong Shu Qi berani membuat kenyataan sedemikian, beliau juga harus berani menghadapi padah dan menanggung dosa, terutamanya apabila dirakamkan sambil ketawa seakan-akan memperlekehkan tulisan Jawi.

Sebenarnya, pemimpin-pemimpin DAP seharusnya sedar bahaya dan risiko mengaibkan agama Islam dan Jawi dengan membawa unsur atau rujukan pada buka-buku lucah. Pemimpin DAP patut sedar kenyataan sedemikian bakal memprovokasi emosi dan membangkitkan salah faham dan kemarahan masyarakat Melayu dan penganut Islam.

Kepimpinan DAP harus membuat kenyataan kekesalan ke atas Ahli Parlimen mereka dan menasihati beliau untuk bertaubat dan membuat kenyataan umum memohon maaf dan sekaligus memadamkan api provokasi ini serta menutup bab ini yang telah menimbulkan kemarahan dan emosi umum.

-MCA online-

Berita Berkatian

Khat: MCA Sabah persoal kenyataan bercanggah pemimpin negeri

Pemimpin politik perlu bersikap sederhana, rasional, bertoleransi

'Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai'

Pertahan pendidikan pelbagai aliran bukan rasis, kata MCA

Presiden MCA pamer bakat tulis Jawi