Dalam isu geran pendidikan, saya ingin mengalu-alukan kenyataan Menteri Kewangan semasa menjawat Ketua Menteri Pulau Pinang bahawasanya dalam pemberian bantuan geran pendidikan , sesebuah sekolah atau institusi tidak seharus dianaktirikan atas sebab ataupun dasar politik .

Namun dalam Belanjawan Tahun 2019 , Menteri Kewangan telah menjadikan TarUC sebagai sasaran semata - mata atas sebab pengasasnya adalah MCA.

Seterusnya YB Menteri Kewangan menekan dan memaksa serta mengancam supaya MCA (yang selama ini sinonim ) meninggalkan KTAR ataupun UTAR kalau tidak mahu menerima padah. Apalah salah MCA Yang selama ini bertungkus-lumus membangunkan KTAR ke tahap kejayaan hari ini sehingga ketahap prestasi yang tinggi dan dicemburui.

Sememangnya MCA telah membentuk TarUC dalam suasana dimana kelima-lima Universiti tempatan telah mengenakan kuota Bumiputera dalam penerimaan kemasukan pelajar.

Ini telah menyebabkan kesangsian di kalangan ramai pelajar bukan Bumiputera yang berkelayakan tetapi tidak dapat meneruskan pendidikan tertiari disebabkan quota Bumiputera yang telah ditetapkan.

Dalam suasana ketegangan perkauman apabila pelajar bukan Bumiputera merasa mereka telah didiskriminasikan atas dasar perkauman, MCA telah mewujudkan sebuah institusi yang dinamakan TAR Kolej untuk memberi peluang pendidikan kepada yang miskin, tidak berupaya dan tidak berpeluang ke luar negara tanpa mengira kaum oleh kerana sekatan dan terbantutnya peluang pendidikan pelajar-pelajar bukan bumiputera.

Menafaat peluang pendidikan yang diberi telah dinikmati ramai pelajar yang kesempitan termasuk Menteri Pertanian Salahuddin Ayub, Menteri Industri Utama Teresa Kok , Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow etc Bukannya semua orang bernasib baik mempunyai bapak yang boleh menghantar anaknya Ke luar negara untuk meneruskan pendidikan mereka seperti yang dinikmati oleh Menteri Kewangan.

MCA telah berjaya memainkan peranan yang proaktif kearah meredakan ketegangan perkauman dengan pemwujudan KTAR demi mengatasi kemelut ini . Initiatif ini diambil oleh MCA walaupun terpaksa menghadapi provokasi DAP bahawa kononnya MCA harus memperjuangkan peghapusan kuota bumiputera pada masa itu dan bukannya meminta derma masyarakat Tionghua untuk mendirikan sebuah kolej.

DAP telah juga membuat tomahan bahawa MCA sudah mengadai hak samarata atau “equal right to education “ masyarakat bukan bumiputera . DAP terus memperjuangkan Malaysian Malaysia dan hak samarataan tetapi pada hari ini DAP takut meratifikasikan ICERD ataupun pemilihan di peringkat majlis tempatan atas alasan “takut berlaku pertembungan perkauman”.

MCA terpaksa membuat imbangan politik dan perlembagaan serta mencari penyelesaian politik dalam usaha meredakan suasana ketegangan perkauman. Pada masa itu , DAP mengejek dan mengritik MCA. Hari ini DAP gagal , MCA tidak mengejek mereka.

KTAR akhirnya telah berjaya meresap ramai pelajar miskin dan merenggangkan ketegangan perkauman pada masa itu dan antara “sosial kontrak” semasa ialah KTAR akan diberi “matching grant” untuk membantu institusi ini yang banyak berjasa kepada negara dengan pelbagai pencapaian serta kecemerlangan sebagai Institusi pendidikan tinggi.

KTAR dan UTAR dilaporkan telah menghasilkan lebih kurang 40% daripada akauntan dalam negara dan menyumbangkan ratusan ribu graduan kepada negara.

Oleh kerana Mca menubuhkan institusi ini dengan niat membantu yang miskin dan tidak berpeluang meneruskan pendidikan tinggi , maka segala keuntungan telah dusalurkan kepada tabung pembangunan untuk terus membangunkan institusi ini yang telah memberi sumbangan yang besar kepada sektor pendidikan negara.

Semua ini dapat dicapai dengan mengenakan yuran bayaran yang terendah di dalam negara. Kos operasi per kapita KTAR adalah cuma 50% daripada kos institusi yang lain. Inilah professionalisme , amanah dan keberkesanan MCA.

Kecemerlangan pentadbiran KTAR dan kejayaan MCA membebaskan institusi ini dari pencemaran politik seharusnya diberi pengiktirafan supaya menjadi tauladan kepada institusi-institusi kerajaan mahupun institusi swasta dan bukannya dijadikan sasaran politik Menteri Kewangan.

Kalau Menteri Kewangan dapat memperuntukan RM2billion khususnya kepada pelajar Bumiputera tajaan MARA , apakah susah untuk mengekalkan satu jumlah kecil sebanyak RM30 juta “matching grant” yang lumrah diberi kepada KTAR atas komitment dan keadilan sosial kepada pelajar bukan bumiputera supaya mereka tidak terasa dianaktirikan atau dimangsakan.

Atau adakah Menteri Kewangan dan Kerajaan Pakatan sudah bersedia untuk membuka peluang pendidikan di MARA kepada semua atas perjuangan Malaysian Malaysia dalam Deklarasi Setapak yang menjadi teras perjuangan DAP.

KALAU BEGITU , KTAR TIDAK PERLU PUN GERAN KERAJAAN PUN.

SEMEMANGNYA TOKOH-TOKOH PEMIMPIN DAP KUAT DAN MEMPUNYAI KERUSI YANG BANYAK UNTUK MENGUBAH MINDA DAN NALURI POLITIK RAKAN-RAKAN DI BERSATU.

Tetapi nada dan bahasa rakan-rakan seperjuangan DAP tak ada beza dengan dahulunya. Adakah DAP sudah mengaku kalah dan serah Malaysia Baru kepada Malaysia Lama atau Msian Msia kepada Msia Pribumi?

Buah cempedak di luar pagar 
Ambil galah tolong jolokkan
Kalaulah bukan sebab kuota
Manalah perlunya KTAR

Buah cempedak di luar pagar
Harapkan pagar, pagar makan padi 
Dulu jeritan “Hapuskan kuota bumiputera “
Malaysian Malaysia masihkah perjuangan DAP?

Buah cempedak di luar pagar 
Ambil galah tolong jolokkan
Memang tiada politik parti di KTAR 
Kalau ada, DAP tolong tunjukkan.

Facebook: https://www.facebook.com/MCAHQ.MY/videos/344018469772111/

-MCA online-