KENYATAN MEDIA JURUCAKAP MCA MIKE CHONG

AGENSI MEDIA GULUNG TIKAR SELEPAS 9 MEI 2018

Pengambilalihan tampuk pimpinan kerajaan PH sejak Mei 2018 bagai 'mimpi ngeri' buat pengamal media di negara ini.

Mana tidaknya, organisasi media yang telah lama menapak di negara ini seperti Utusan Melayu Berhad (Utusan) pun terpaksa mengambil keputusan untuk menutup operasinya.

Menyedihkan apabila melihat Utusan terpaksa membuat jualan murah semua buku terbitan mereka sempena penutupan gudang Utusan, bermula 2hb - 31hb Disember 2019.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/utusan-tutup-operasi-hari-ini-219585

Bukan sahaja Utusan malah beberapa agensi berita lain dan portal media online juga terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu meneruskan operasi.

Pada 1 Februari 2019, akhbar tertua di Asia Tenggara, Tamil Nesan telah menghentikan operasi mereka. Akhbar ini telah pun beroperasi selama 96 tahun.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/01/28/akhbar-tamil-nesan-akan-ditutup-selepas-96-tahun-beroperasi/

Begitu juga dengan akhbar berbahasa Inggeris, The Malay Mail yang sudah wujud selama 122 tahun, terpaksa menghentikan percetakannya pada Disember 2018.

Terbaru, pada 9 November 2019, dikatakan kira-kira 1,500 pekerja syarikat Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) akan diberhentikan.

Pemberhentian kerja akan dilakukan pada suku pertama tahun hadapan.

Media Prima memiliki 100 peratus kepentingan ekuiti dalam TV3, NTV7, 8TV dan TV9.

Kumpulan itu juga adalah pemilik The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, penerbit terbesar tiga akhbar nasional Malaysia - New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/626373/belum-ada-jumlah-tepat-pekerja-media-prima-diberhentikan

Beginilah nasib yang terpaksa dilalui oleh agensi dan pengamal media sejak PH ambil alih Putrajaya.

Pernahkah pemimpin PH terfikir apa punca perkara-perkara sebegini berlaku? Tahukah pemimpin PH bahawa kelembapan ekonomi negara dan kenaikan kos sara hidup memberi kesan buruk kepada rakyat secara menyeluruh?

Jadi apa tindakan PH bila keadaan ini terjadi? Salahkan BN? Salahkan mereka yang tak pandai mengurus syarikat? Salahkan pengiklan yang tidak mengiklankan produk mereka di akhbar? Salahkan rakyat kerana tidak membeli akhbar?