Pertahan pendidikan pelbagai aliran bukan rasis, kata MCA
Kereta rasmi baru diutamakan, kepentingan penduduk Pulau Pinang dibelakangkan  

Agensi kerajaan terbabit projek kereta nasional ketiga - Guan Eng, Darrell sah menipu?

Pada Rabu    14-08-2019 15:09:00

14 Ogos 2019

Kenyataan Media Jurucakap MCA, Mike Chong Yew Chuan

Agensi kerajaan terbabit projek kereta nasional ketiga - Guan Eng, Darrell sah menipu?

Tun Dr Mahathir akhirnya mengakui bahawa projek kereta nasional ketiga membabitkan pelaburan agensi kerajaan, walaupun sebelum ini berkali-kali menegaskan bahawa tiada dana awam akan digunakan.

Pada 6 Disember 2018, Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Yusof dilaporkan berkata, kerajaan akan menyalurkan peruntukan untuk projek tersebut. Namun ia disangkal oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darrell Leiking. Malah, apabila syarikat DreamEDGE diumumkan oleh Darrell sebagai syarikat utama pembangunan kereta nasional ketiga, Presiden MCA telah mengemukakan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang membuktikan VentureTECH sebenarnya merupakan sebuah syarikat milik MIGHT di bawah Jabatan Perdana Menteri, memiliki pegangan 10% dalam DreamEDGE. 

Sekarang, pengumuman terbaru oleh Perdana Menteri membuktikan kerajaan Pakatan Harapan, terutamanya Guan Eng dan Darrell Leiking telah menipu rakyat Malaysia.

Alasan Perdana Menteri bahawa beliau “tidak meluluskan, tetapi ia telah dilakukan” pula tidak boleh diterima. Lebih-lebih lagi apabila rakyat mempercayai dan menerima jaminan bahawa tiada dana awam akan digunakan dalam projek ini.

Keadaan ekonomi negara yang tidak memberangsangkan adalah antara faktor utama kenapa kerajaan tidak sepatutnya membazirkan wang rakyat untuk projek-projek yang tidak dijamin berjaya, disamping pemasaran yang lemah di luar negara. Akhirnya, projek kereta nasional ketiga ini dikhuatiri akan mewujudkan pelaksanaan semula dasar perlindungan yang bakal melonjakkan harga kereta luar negara dan menghadkan kuasa pengguna membuat pilihan. 

Sebaliknya, kerajaan Pakatan Harapan sepatutnya menumpukan kepada projek-projek yang memanfaatkan rakyat, seperti menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan juga memperbaiki skim-skim bantuan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dilihat tidak seberapa berbanding dengan BR1M di bawah kerajaan BN, serta memperbaiki Skim Peduli Kesihatan (PeKA) B40, supaya ianya dapat memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana secara menyeluruh.

-MCA online- 

Berita Berkatian

Kereta rasmi baru diutamakan, kepentingan penduduk Pulau Pinang dibelakangkan

Jaminan tiada “bailout” boleh dipercayai?

Kereta nasional ketiga - Guan Eng dan Leiking sengaja tipu rakyat?

Guan Eng, Leiking tipu berhubung biaya kereta nasional ke-3, kata Wee

Cukai baharu untuk melindungi projek kereta nasional ketiga?