15 Mac 2020

Kenyataan Media Ketua Pemuda MCA Nicole Wong Siaw Ting

Ancaman wabak Covid-9 makin serius, kerajaan wajar segera melarang eksport topeng muka

Berikutan peningkatan secara mendadak pesakit yang dijangkiti wabak Cavid-19 dalam beberapa hari kebelakangan ini, kerajaan seharusnya membuat keputusan yang pantas dan tegas, dengan segera menghentikan eksport topeng muka bagi memastikan bekalannya mencukupi bagi permintaan pasaran tempatan!

Ini memerlukan koordinasi di antara pelbagai kementerian, termasuk perdagangan dalam negeri, kesihatan, kastam dan sebagainya. Ini perlu dilakukan serta merta kerana hakikat hari ini tidak lagi mengizinkan kita berlengah, dan Kementerian Kewangan juga patut memberikan peruntukan kecemasan untuk tujuan tersebut.

Sekarang bukan masa untuk kerajaan terus “mengaji” atau “mempertimbangkan”, sebaliknya ia amat jelas kita sudah memasuki satu era yang sangat kritikal. Semakin kerajaan menangguhkannya, semakin buruk penularan wabak.

Telah banyak hari farmasi-farmasi menyaksikan para pelanggan beratur panjang untuk membeli topeng muka. Dengan keadaan yang semakin parah sekarang, permintaan untuk barangan ini juga meningkat, kerajaan perlulah bertindak segera.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi telah dilaporkan berkata, kerajaan akan membuat keputusan dalam beberapa hari lagi, sama ada akan menghadkan eksport topeng muka.

Menteri Pakatan Harapan dahulu juga telah banyak kali berkata akan mengaji perkara yang sama. Diharap menteri yang baharu tidak meneruskan “kajian” ini, sebaliknya bertindak segera, kerana nyawa manusia tiada komprominya.

Kerajaan juga perlu segera mengambil langkah menggalakkan serta membantu pihak pengilang tempatan menambah kapasiti pengeluaran topeng muka, umpamanya mendapatkan lebih banyak sumber dan saluran bahan mentah, memberikan subsidi dan sebagainya, bagi meringankan beban mereka dalam mengambil lebih ramai pekerja, bekerja lebih masa dan sebagainya.

Antara sebab peningkatan pengeluaran topeng muka tidak dapat dilakukan termasuklah meningkatnya kos dan kekurangan tenaga kerja. Ini sesungguhnya boleh diselesaikan dengan bantuan kerajaan.

Rakyat sudah bosan dengan pelbagai alasan kerajaan. Membeli topeng muka dalam barisan panjang sudah menjadi lumrah. Sekiranya kerajaan tidak berusaha mengatasi masalah besar di depan mata ini, kemarahan rakyat tentunya akan semakin bertimbun.

-MCA online-