Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, YB Ling Tian Soon hadir ke sesi dialog bersama Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan mengenai belanjawan negara, semalam. Selain menyatakan kepentingan jaringan pengangkutan untuk pembangunan ekonomi negeri, empat cadangan dikemukakan dalam sesi tersebut iaitu:

1. Menaiktaraf Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) antara Yong Peng ke Johor Bahru kepada enam lorong bagi mengurangkan masalah kesesakan.
2. Mengukuhkan sistem pengangkutan awam di Negeri Johor seperti Rapid di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
3. Peruntukan RM36.1 bilion bagi sektor kesihatan seperti dibentangkan dalam belanjawan sebelum ini, diharapkan mengutamakan kesihatan negara dan meluluskan hospital baharu bagi Negeri Johor.
4. Meningkatkan peruntukan khas ahli parlimen supaya program komuniti dan pembangunan infrastrukutr kecil dapat dilaksanakan.