Ketua Wanita MCA Kedua: Dato’ Teng Gaik Kwan

Pada Jumaat    17-06-2016 16:18:00

Dato’ Teng Gaik Kwan

Selepas pilihan raya parti pada 1985 Dato’ Teng Gaik Kwan telah mengambil alih tampak pentadbiran dari Datin Paduka Chow Poh Kheng, dan telah menyumbang sebagai Ketua Wanita Kebangsaan selama 14 tahun, dari 1985-1999.

Latar belakang Politik

  • 1975 - Setiausaha Eksekutif Wanita MCA
  • 1985 - Ketua Wanita MCA Kebangsaan
  • 03.06.86- Dipilih sebagai Ahli Parlimen Raub
  • 11.08.86- Dilantik sebagai Setiausaha Parlimen kepada Kementerian Kesihatan
  • 07.05.87- Dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan
  • 21.10.90- Dipilih sebagai Ahli Parlimen Raub
  • 29.10.09- Dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan
  • 25.04.95- Dipilih sebagai Ahli Parlimen Raub
  • 03.05.95- Dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
  • 1999 - Bersara

Demi menjaga hak-hak perundangan wanita, Gaik Kwan telah mengetuai Wanita MCA untuk memperjuangkan beberapa pindaan kepada beberapa akta untuk membetulkan fasal-fasal yang tidak adil bagi wanita seperti di dalam Akta Pembahagian 1958, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973, Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961, dan Akta 727 Kanun Keseksaan. Beliau juga telah mencadangkang pindaan kepada Undang-undang Buruh Malaysia dan penerimaan Akta Keganasaan Rumah Tangga 1994. Kesemua sumbangan tersebut telah menaikkan taraf kepentingan wanita Malaysia.

Pada 1991, beliau telah melancarkan “5 Garis Panduan Kehidupan Wanita Generasi Baru”. Ia merupakan pendekatan yang menyeluruh untuk meningkatkan status wanita di bidang-bidang budaya, keluarga, masyarakat dan politik. Usaha ini telah menguatkan kedudukan politik wanita dan telah membantu mencapai pembangunan yang seimbang di semua bidang.

Dalam segi pendidikan, Wanita MCA telah melancarkan “Program Biasiswa Pendidikan Yang Membangunkan” untuk membantu para pelajar yang menceburi bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Pada 31 Ogos 1995, Wanita MCA telah menerbitkan buku berjudul “Ji Wan Kai Lai” (Teruskan masa lalu dan membuka jalan ke masa depan” dan buku “Sejarah Pembangunan Wanita MCA 1975-1995”.

Pada 23 Februari 1997, Wanita MCA telah melancarkan program jelajah seluruh negara bertema “Wanita Ke Hadapan” yang bertujuan meningkat kesedaran wanita. Wanita MCA juga telah menganjurkan “Perhimpunan Patriotik” dari Februari hingga Mei 1998 di mana seramai 5,000 hingga 10,000 telah mengambil bahagian.

Pada 13 Januari 1998, Insitut CECE telah didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan. Pada 20 Disember 1998, Institut CECE telah memperoleh permit untuk menubuhkan institut pengajian tinggi dan telah menandatangani perjanjian dengan Universiti Edith Cowan untuk menawarkan menawarkan kursus jarak jauh. Ini menjadikan Institut CECE sekolah latihan guru-guru tadika yang pertama untuk diiktiraf Universiti Edith Cowan dari Australia.

Pada 1996, MCA telah meminda Perlembagaannya dan menggubal dasar-dasar baru untuk menyimpan sekurang-kurangya 30% ahli majlis untuk wanita.

Pada 1998, MCA telah meminda Perlembagaanya untuk memastikan bahawa setiap Bahagian akan menyimpan sekurang-kurangnya satu kerusi perwakilan untuk Wanita MCA.

Pada 1998, Wanita MCA telah merekrut ahli-ahli baru dan berjaya menubuhkan 100 cawangan Wanita MCA baru.