Ketua Wanita MCA Ketiga: Tan Sri Dr Ng Yen Yen

Pada Jumaat    17-06-2016 16:19:00

Tan Sri Dr Ng Yen Yen

Pada 1999, Tan Sri Dr Ng Yen Yen telah dipilih sebagai Ketua Wanita MCA ketiga, dan telah memimpin Wanita MCA ke abad ke-21.

Pada 2003, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan oleh Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamed atas prestasinya di Kementerian Pelancongan.

Pada Pilihan Raya Umum 2004, BN telah meraih kemenangan besar, dan Wanita MCA telah mencipta sejarah apabila berjaya memenangi kerusi dan jawatan menteri yang paling banyak sejak penubuhannya. Yen Yen telah menyambung terma beliau sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Selepas Pilihanraya Umum pada 2008, BN dan MCA telah menghadapi tsunami politik. Pada masa ini, Yen Yen telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dengan itu beliau telah menjadi wanita Cina pertama untuk menjadi seorang menteri.

Sepanjang tempohnya sebagai Ketua Wanita untuk 9 tahun, beliau telah melaksanakan beberapa idea yang berinovasi:

  1. Pada awal abad ke-21, Yen Yen telah memperkenalkan perubahan baru, sepert pelancaran seragam baru Wanita MCA pada tahun 2000, dan memperjuangkan wanita yang berintelek.
  1. Wanita MCA telah melancarkan “Pergerakan Wanita Cina Memulihkan Semula Ekonomi Negara” untuk melibatkan wanita dalam bidang ekonomi dan membantu wanita memohon untuk program mikro-kredit. Pada 24 November 2007, Wanita MCA telah menubuhkan “Anugerah Usahawan Wanita” untuk mengiktiraf usahawan wanita dan menggalakkan lebih ramai wanita untuk memulakan perniagaan sendiri.
  1. Wanita MCA melancarkan “Bakul Membeli-Belah” untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang politik; dan memperjuangkan falsafah “tanggungjawab seseorang individu adalah untuk membawa keharmonian kepada keluarga, ketenteraman kepada negara, dan keamanan kepada dunia”, serta menggalakkan penglibatan wanita dalam hal-hal negara.
  1. Dari segi kebajikan sosial, Wanita MCA telah menubuhkan “Cai Hui Guan Hua Fang” pada tahun 2006 untuk membantu keluarga ibu bapa tunggal
  1. Dari segi pendidikan sosial, Wanita MCA telah melancarkan program “Di Zi Gui” pada 30 Julai 2006 di seluruh negara, dan telah menerima sambutan baik dari pihak awam. Pada 2006, Pusat Promosi Pelbagai Ekonomi Rumah Tangga Wanita MCA telah dinamakan semula sebagai “Pusat Latihan Serba Guna Wanita MCA (MPTC)” sempena program pembelajaran sepanjang hayat yang dilancarkan MCA.
  1. Demi meningkatkan status politik ahli-ahli belia wanita, Wanita MCA telah meminda Undah-undang Kecilnya pada 26 August 2006 untuk mewajibkan Wanita MCA di semua peringkat menyimpan satu kerusi di jawatankuasanya bagi ahli-ahli berumur 35 tahun ke bawah.