Guan Eng digesa batalkan tuntutan hutang tidak munasabah
Kerajaan digesa menjelaskan isu levi pekerja asing  

Dr. Tan Chuan Hong: Ketua Menteri dan 2 EXCO Parlimen Bagan, Sila kembalikan kediaman tanpa banjir kepada penduduk di Taman Sintat

Pada Ahad    17-12-2017 12:15:00

17 Disember 2017

Kenyataan Media Setiausaha Organisasi MCA Pulau Pinang Dr Tan Chuan Hong

Dr. Tan Chuan Hong: Ketua Menteri dan 2 EXCO Parlimen Bagan, Sila kembalikan kediaman tanpa banjir kepada penduduk di Taman Sintat.

Setiausaha Organisasi MCA Negeri Pulau Pinang merangkap Setiausaha MCA Bagan Dr Tan Chuan Hong menyeru kepada wakil rakyat Parlimen Bagan merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang serta 2 orang ahli EXCO Negeri Pulau Pinang supaya membuat perancangan yang betul dalam pembangunan setempat serta sistem saliran dan pengairan di tempat tersebut, serta melaksanakan dengan saksama dan penguatkuasaan yang telus, supaya masalah banjir di kawasan Taman Sin Tat dapat diselesaikan, dan mengembalikan penduduk di situ satu kediaman tanpa banjir.

Mengikut aduan daripada penduduk di kawasan tersebut, kawasan Medan Melur Selatan tidak pernah banjir semasa hujan, tetapi apabila Bomba Sukarela menubuhkan pusatnya di kawasan tanah tanaman sayuran, dan disebabkan tiada perancangan untuk menguruskan sistem saliran tersebut, maka berlakunya banjir selepas hujan di kawasan tersebut.

“Apabila hujan, air hujan mengalir dari Tingkat Melur 1 hingga ke parit besar Medan Melur Selatan, tetapi disebabkan penduduk menjajahi jalan yang berkenaan, pusat Bomba Sukarela dan tanah berhampiran Dewan Sri Bagan Jermal, menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir ke longkang besar dan disalirkan ke kediaman penduduk dan menyebabkan kediaman penduduk banjir dari belakang rumah sehingga ke dalam rumah.”

Dr Tan Chuan Hong menyeru kepada Ketua Menteri dan 2 orang EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya datang untuk memahami perkembangan lanjut masalah-masalah penduduk di kawasan, janganlah berlakon sehinggakan “tidak nampak (buta) dan tidak dengar (pekak)” ataupun tidak menghiraukan dan mengetepikan masalah rakyat. Pada masa yang sama, apa-apa pembinaan atau jalan yang tidak memikirkan kepada rakyat, telah jelas membuktikan bahawa kelamahan Pakatan Harapan dalam memerintah negeri Pulau Pinang, tidak boleh dipercayai, dan membuktikan dasar CAT sudah mati.

-MCA online-

Berita Berkatian

Tiada