18 Mac 2018

Kenyataan Media Dato' Sri Ti Lian Ker
______________________________________________________________

MCA mengutuk indoktrinasi kanak-kanak oleh kerajaan DAP Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sudah melampaui batas apabila beliau menari - nari seperti badut sementara kanak-kanak menyanyi lagu anti-Gst dalam satu pelancaran program kanak2 anjuran Kerajaan negeri.

Kanak-kanak tidak seharusnya di indoktrinasikan dengan mesej anti kerajaan dan menolak dasar kerajaan tanpa diberi fakta yang menyeluruh.

Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang memaksa kanak - kanak menyanyi lagu sedemikian menunjukkan DAP tidak mengenali batasan dalam politik tosik mereka sehinggakan kanak-kanak diperalatkan dan diracuni minda mereka dengan membakar emosi kebencian terhadap kerajaan persekutuan.

Kalau Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor pernah dikritik oleh DAP hanya kerana menghadiri program yang membawa tema patriotik dan tajuk peranan Umno dalam pencapaian kemerdekaan , tindakan Lim Guan Eng adalah jauh lebih teruk dan haruslah dikutuk kerana meracuni minda kanak-kanak.

Gst adalah satu dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan setelah kajian yang meneliti dibuat. Hakikatnya Gst telah dilaksanakan oleh lebih kurang 170 negara diseluruh dunia. Ini adalah satu sistem pentadbiran yang telah diamalkan oleh negara-negara seperti Singapura, United Kingdom, Arab Saudi , Perancis , Germany , Switzerland etc

DAP cuma tahu membantah dan mengutuk segala usaha dan dasar kerajaan tanpa memberi alternatif yang munasabah dan masuk akal. Inilah DAP yang tidak bertanggung-jawap.

MCA menyarankan agar DAP dan Lim Guan Eng jangan meneruskan dengan tindakan mereka yang lalai dan tidak mempedulikan pembangunan negara. MCA mengutuk tindakan Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang berdansa seperti badut dan monyet dihadapan kanak-kanak sementara emosi dan mental mereka dikorban dengan proses indoktrinasi kerajaan DAP. Tindakan mereka itu dikeji dan tidak sehaluan dengan semangat mendidik kanak-kanak untuk berfikir secara kritikal dan rasional setelah diberi fakta atau hujah “pro and cons” terhadap sesuatu dasar atau keputusan.

Dato' Sri Ti Lian Ker
Jurucakap Publisiti MCA

-MCA online-