18 April 2019

Kenyataan media ADUN MCA Cheka Lee Ah Wong

Pencetus isu pendatang tidak layak bergelar YB, patut dikenakan tindakan disiplin

MCA mahu UMNO segera mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN) dari Kemayan, Dato’ Mohd Fadil Bin Osman atas tindakannya mengeluarkan kenyataan melampau serta bersifat diskriminasi dalam DUN, di samping mengarahkannya meminta maaf kepada masyarakat Cina, bagi mengingatkan lain-lain pemimpin UMNO supaya sentiasa menjaga tindakan dan percakapan, serta menunjukkan bahawa UMNO tetap menghormati dan menghargai semangat perpaduan dan keharmonian di kalangan pelbagai kaum.

MCA mengecam keras kenyataan Mohd Fadil yang menyifatkan peruntukan kepada sekolah-sekolah vernakular, terutamanya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sama seperti kerajaan menghalang perpaduan nasional, sambil mendakwa 90% pelajar SJKC tidak mampu bertutur dalam Bahasa kebangsaan dengan lancar, menyebabkan mereka kelihatan seolah-olah ‘pendatang’, oleh itu semakin banyak peruntukan, semakin kuat kerajaan menghalang perpaduan.

Tindakan Mohd Fadil mengajukan soalan semasa sesi soal-jawab kepada ADUN DAP, bukannya anggota Exco telah melanggar prosedur persidangan dan berunsur provokasi, dengan niat jahat menyalahkan pelajar-pelajar SJKC merosakkan perpaduan. Membidas pelajar-pelajar yang sedang tekun mempelajari Bahasa Melayu tidak fasih bukan sahaja tidak logic dan biadap, malah menyinggung persaan pelajar-pelajar SJKC. Oleh itu Mohd Fadil wajar memohon maaf kepada pelar-pelaar tersebut serta seluruh rakyat yang cintakan keharmonian, untuk menjernihkan keadaan.

Untuk mencegah lain-lain pemimpin daripada mengulangi perkra yang sama, Barisan Nasional mestilah mewujudkan sebuah Jawatankuasanya Disiplin secepat munglin, bagi menangani masalah disiplin dalam parti.  Mereka yang bertindak atau mengeluarkan kenyataan ektremis patut dilucutkan jawatan, digantung keahlian atau dipecat, bagi mengelakkan masalah seumpama ini daripada berterusan.

Setelah 62 tahun negara mencapai kemerdekaan, pelbagai kaum telah bermastautin di Malaysia berdekad-dekad, dan masing-masing telah menyumbang tenaga terhadap pembangunan negara. Penggunaan perkataan ‘pendatang’ oleh Mohd Fadil ke atas bukan bumiputera menunjukkan pemikiran kunonya menolak kaum bukan bumiputera. Sebagai wakil rakyat pelbagai kaum tetapi tergamak mengeluarkan kenyataan ektremis dalam DUN, beliau tidak layak bergelar YB dan patut dicerca.

Semenjak Merdeka, SJKC serta SJKT sudah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan negara yang tidak boleh dipisahkan. Kenyataan Mohd Fadil telah menaikkan kemarahan serta menggugat keamanan sosial, pihak polis hendaklah menyiasatnya di dawah Akta Hasutan bagi mengingatkannya sentiasa menjaga kenyataan serta percakapannya, jangan cakap sebarangan.

Perlembagaan Persekutuan melindungi hak pelbagai kaum mempelajari bahasa ibunda masing-masing, termasuklah kaum Cina dan India, apatah lagi SJKC serta SJKT merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan negara, yang mempunyai kedudukan yang tidak boleh dipersoalkan dalam Pelan Induk Pendidikan 2013-2025.

-MCA online-