
Presiden MCA
Dato' Sri Liow Tiong Lai
Mengenai Dato’ Sri Liow Tiong Lai
Dato’ Sri Liow Tiong Lai telah menyertai MCA pada tahun 1981 semasa beliau masih seorang mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau telah mengalami banyak cabaran semasa masih belia, dan pengalamannya membuatkan beliau percaya bahawa hanya bidang politik sahaja yang mampu melaksanakan perubahan yang membina dalam bidang sosial dan ekonomi negara.
Setelah tamat pengajiannya, Liow telah dilantik sebagai pembantu penyelidik di Institut Kajian Dasar dan Analisis Strategik (INSAP), sebuah badan pemikir yang dimulakan oleh MCA. Seterusnya, beliau telah dilantik sebagai pembantu peribadi kepada Timbalan Presiden MCA pada masa itu. Berikutan itu, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Buruh dan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia.
Beliau sentiasa mengambil berat dalam menganjurkan aktiviti dan acara untuk golongan belia. Beliau merupakan pengasas Youth Public Speaking Forum dan Youth Activities Centre diseluruh negara. Beliau juga giat terlibat dalam Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM). Beliau juga telah mengambil bahagian dalam beberapa lawatan muhibah ke China dan telah membina hubungan rapat dengan barisan pemimpin Pemuda Parti Komunis China. Selain itu, beliau juga telah mengambil bahagian dalam beberapa lawatan ke Singapura and China oleh Pemuda BN, dan ke Korea Utara dan Taiwan oleh MCA.
Pada tahun 1999, beliau telah dilantik sebagai Ahli Parlimen Bentong dalam Pilihan Raya Umum ke-10. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Setiausaha dan Pengerusi Pemuda MCA, sebelum diberi tanggungjawab sebagai Naib Presiden MCA pada tahun 2008, dan Timbalan Presiden MCA pada tahun 2010.
Dalam perkhidmatannya sebagai seorang ahli Parliamen, beliau telah menjadi ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC), dan telah mewakili Parlimen dalam Pertubuhan Antara Parlimen ASEAN (AIPO). Pengalaman politik beliau turut meliputi peranannya dalam kementerian, dimana beliau telah dilantik sebagai Menteri Kesihatan (2008-2013) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan (2006-2008).
Dengan latar belakang politiknya yang luas, dan minatnya untuk berkomunikasi dengan golongan belia, Dato’ Sri Liow tetap komited untuk memastikan masa depan yang cerah untuk generasi akan datang.
Pada Oktober 2009, beliau telah dianugerahkan pingat Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran “Datuk Seri” daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka, dan pada Februari 2009 beliau dianugerah pingat Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran “Dato’ Sri”. Sebelum ini, beliau juga telah dianugerahkan pingat Darjah Indera Mahkota (DIMP) pada tahun 2004, yang membawa gelaran “Dato’” dan Setia Mahkota Pahang (SMP) pada 1997. Pada 2011, beliau telah menerima pingat Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran “Dato’ Seri” daripada DYMM Tuanku Raja Perlis.
Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia, dan MBA dari Universiti Malaya. Isterinya adalah Lee Sun Loo, dan mereka mempunyai seorang anak perempuan dan dua anak lelaki.
Kerjaya Politik
1986 - 1988
Bekerja sebagai pembantu penyelidik di Institut Kajian Dasar dan Analisis Strategik (INSAP) yang berpangkalan di Ibu Pejabat MCA
1988 - 1989
Dilantik sebagai Pembantu Peribadi kepada Timbalan Presiden, Tan Sri Lee Kim Sai
1989 - 1996
Dilantik sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Buruh, Tan Sri Lim Ah Lek
1996 - 1999
Dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Lim Ah Lek
1999 - 2004
Dilantik sebagai Ahli Parlimen Bentong
2008 - Kini
Dilantik semula sebagai Ahli Parlimen Bentong
2006
Dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan
2008
Dilantik sebagai Menteri Kesihatan
2009 - 2013
Dilantik semula sebagai Menteri Kesihatan
Jawatan Parti
1981
Menyertai MCA sebagai ahli biasa
1990
Pengerusi Cawangan Batu 1 Bentong Pemuda MCA
Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA Kebangsaan
Ahli Jawatankuasa Latihan Kader dan Biro Publisiti Pemuda MCA Kebangsaan
1993
Setiausaha Pengelola, Pemuda MCA Pahang
1996
Pengerusi Bahagian Raub Pemuda MCA
Setiausaha Pemuda MCA Pahang
Setiausaha Pengelola Pemuda MCA Kebangsaan
1999
Pengerusi Pemuda MCA Pahang
Timbalan Setiausaha-Agung Pemuda MCA Kebangsaan
Pengerusi Biro Publisiti Pemuda MCA Kebangsaan
2002
Setiausaha-Agung Pemuda MCA Kebangsaan
2005
Pengerusi Pemuda MCA Kebangsaan
2008
Naib Presiden MCA
2009
Timbalan Presiden MCA (dilantik dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA)
2010
Timbalan Presiden MCA (dilantik dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa 2010)
2013
Presiden MCA
Sumbangan dalam Pilihan Raya
1982
Mengambil bahagian dalam kerja-kerja penyediaan dan berkempen dalam PRU
1986
Membantu PRU di Bilik Gerakan Ibu Pejabat MCA
1987
Membantu di Pilihanraya Kecil Gopeng
1988
Membantu di Pilihanraya Ampang dan Bentong
1990
Penyelaras Bilik Gerakan Bentong
1995
Pengarah Bilik Gerakan Bentong
1999
Calon untuk kawasan Parlimen Bentong
2001
Pengarah Bilik Gerakan di Pilihanraya Kecil Ketari
2004
Calon untuk kawasan Parlimen Bentong; Juga membantu berkempen di beberapa kawasan DAP selurh negara
2008
Calon untuk kawasan Parlimen Bentong
2013
Calon untuk kawasan Parlimen Bentong
Aktiviti BN/ Parti
1992
Mengasaskan Youth Public Speaking Forum
1993
Menghadiri Program Pertukaran Belia Antarabangsa, Taiwan
1996
Membantu menubuhkan Youth Activities Centre di seluruh negara
Membantu dalam pelbagai kempen mengutip derma untuk KTAR, termasuk Projek Langkawi untuk Kecemerlangan Pendidikan
Menyertai delegasi Pemuda MCA dalam dialog bersama Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri
1999
Menubuhkan Youth Speaker’s Corner
Menyertai delegasi Pemuda BN dalam dialog khas dengan Pemuda PAP di Singapura
Menyertai delegasi Pemuda BN ke China (dimana bendera Malaysia yang terpanjang dikibarkan atas tembok besar China)
Menyertai delegasi Pemuda MCA melawat Korea Utara, China dan Taiwan
2002
Memainkan peranan penting dalam beberapa aktiviti Pemuda BN seperti Aman Malaysia, Isu Palestin dll
Membantu mengurus kempen Pemuda seperti program ‘Proper English’ Recruitment untuk pemuda profesional dan “Life-long Learning”
Menyertai delegasi Pemuda MCA untuk melawat Kunming, Beijing, China, dan membina hubungan rapat dengan barisan pemimpin Pemuda Parti Komunis China
Mengambil bahagian dalam perbincangan rasmi dengan beberapa Kementerian, termasuk Menteri Pembangunan Usahawan mengenai isu MRSM, Menteri Sumber Manusia mengenai program pembangunan kemahiran, Menteri Kerjaraya mengenai isu lereng bukit dan tol, dan Menteri Belia dan Sukan mengenai Akta Pertubuhan Belia
Berjaya mengembangkan Youth Public Speaking Forum dengan menubuhkan 14 pusat latihan di seluruh negara. Setakat ini, lebih daripada 3,000 belia telah manfaat dari program ini
Mengalakkan program “Life-long Learning” antara ahli-ahli Pemuda MCA melalui kerjasama dengan Institut Pengurusan Malaysia
Menubuhkan Career Enhancement Programme melalui perkongsian dengan Jobstreet.com
Sebagai ahli Jawatankuasa Penyelia PLKN, beliau telah membantu menubuhkan jawatankuasa pelatih untuk mengambil lebih ramai pelatih kaum Cina
Penghormatan
1997
Setia Mahkota Pahang (SMP)
2004
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)
2009
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)
2009
Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM)
2011
Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP)