Lagipun tidak perlu tergesa-gesa katanya, memandangkan kakitangan di kedua-dua agensi berkenaan bukannya membuat sebarang kesalahan atau masalah disiplin yang menyebabkan mereka perlu diberhentikan serta-merta.

"Sebaliknya mereka hilang pekerjaan sebab agensi masing-masing dibubarkan oleh kerajaan, sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan perbelanjaan kewangan negara.

"Selain tu, tempoh sebulan dah memadai untuk petugas terlibat mengemas dan mengosongkan tempat kerja masing-masing," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Majlis Profesor Negara (MPN) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) turut menerima nasib yang sama seperti SPAD dan Jasa.

Sementara itu, bekas Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar pula menggesa kerajaan memberi jaminan membabitkan kebajikan kakitangan agensi terbabit agar tidak menimbulkan kebimbangan.

"Keputusan pembubaran mana-mana agensi kerajaan adalah hak mutlak kerajaan dan tak boleh dipertikaikan. Namun penting untuk kerajaan beri penjelasan mengenai kedudukan anggota SPAD.

"Ini bagi mengelakkan kekhuatiran dalam kalangan anggota berhubung nasib mereka, sama ada ditugaskan di tempat baru atau diberhentikan kerja," katanya.

-Sinar Harian-