22 September 2019

Kenyataan Media Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong

Konflik kepentingan dalam isu jerebu? Yeo Bee Yin harus letak jawatan segera

Langkah dan cara yang diambil oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin untuk mengatasi pecemaran jerebu yang melanda Malaysia amat mengecewakan, dan tindakan lambat beliau telah membawa risiko kepada keselamatan nyawa Rakyat.

Oleh itu, YBM Yeo Bee Yin digesa untuk meletak jawatan dengan serta-merta.

Walaupun beliau pada 5 hari lepas berkata, akta Jerebu Rentas Sempadan perlu segera diwujudkan oleh Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain, khususnya yang sering dilanda masalah jerebu, malah syarikat suami beliau adalah di antara 4 syarikat yang dinamakan oleh kerajaan Indonesia sebagai punca kebakaran hutan negara itu.

Empat syarikat dinamakan kerajaan Indonesia sebagai punca kebakaran hutan negara itu iaitu IOI Corporation, Sime Darby Bhd, TDM Bhd dan Kuala Lumpur Kepong Bhd.

Oleh yang demikian, tidak wajar Yeo Bee Yin untuk menguruskan isu ini sementara syarikat suami beliau merupakan salah satu syarikat yang terlibat.

Memang bukan seorang sahaja menteri Kabinet daripada PH perlu meletakkan jawatan berikutan kegagalan menjalankan tugas menteri, tapi keadaan Yeo Bee Yin adalah jauh serious berbanding dengan menteri lain, kerana keselamatan nyawa rakyat terlibat.

Yeo Bee Yin tidak lagi sesuai untuk menjadi Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim atas sebab syarikat suami beliau mempunyai “conflict of interest”.

Baru-baru ini Yeo Bee Yin juga telah menunjukkan ketidakupayaan beliau semasa incident Pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, dan keputusan untuk mengenalpasti sebab pencemaran masih tidak diketahui.

Apakah yang telah dibuat dan apakah yang akan dibuat? Apakah cara jangka masa pendek dan strategi jangka masa panjang?

-MCA online-