Gangguan seksual atau serangan seksual merupakan satu perbuatan buli atau sifat paksaan yang tidak diingini terhadap seseorang dan pelaku atau pun mangsa juga boleh datang dari sebarang jantina, serta usia.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Datuk Nicole Wong Siaw Ting menggesa agar Rang Undang-Undang berkaitan gangguan seksual segera dilaksanakan dalam memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai hal ini.

“Sebagai mangsa gangguan seksual, bukan sahaja saya yang terlibat tetapi anak perempuan saya juga pernah menjadi mangsa.

“Oleh itu saya menyokong menggubalkan undang-undang ini supaya kita mempunyai rujukan yang dapat meningkatkan kesedaran dan semua pihak akan kenal apa itu gangguan seksual,” tegas Nicole Wong dalam satu video yang dimuat naik di Facebooknya.

Beliau juga mengakui, RUU bagi gangguan seksual ini telah dinantikan untuk digubal secara tidak langsung dapat membela nasib mangsa-mangsa yang trauma atas apa berlaku pada diri mereka.

Dalam masa yang sama, Nicole Wong telah mencadangkan beberapa usul bagi mengukuhkan lagi RUU ini dalam negara.

“Cadangan pertama ialah akta ini kita dapat mengumpulkan real statitik mengenai isu gangguan seksual.

“Kedua taksiran yang lebih teliti juga diperlukan agar tidak ada sesiapa yang teraniaya dengan kewujduan RUU ini,” jelasnya.

-BN News Online-