Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyertai kira-kira 1,000 tetamu memeriahkan majlis Rumah Terbuka Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon sempena Tahun Baharu Cina di Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baru Nilai, Negeri Sembilan semalam.
 
Kesemua tetamu yang hadir bersama-sama menggaul hidangan Yee Sang yang merupakan aktiviti tradisi semasa sambutan perayaan itu, selain disajikan dengan pelbagai jenis juadah makanan tradisional dan moden.

Selain menikmati beraneka makanan tradisi masyarakat Cina, tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat turut dihiburkan dengan persembahan oleh artis tempatan selain persembahan tarian tradisional.

Pertunjukan tarian singa serta tarian naga yang diadakan turut memeriahkan suasana dan kanak-kanak yang nadir turut menerima angpau daripada Chong.

-Barisan Nasional-