8 Jun 2018

Kenyataan akhbar ADUN MCA Titi Tinggi Teh Chai Aan

Menyeru kerajaan Perlis memberikan peruntukan saksama kepada semua ADUN

Saya ingin menyeru kepada kerajaan negeri Perlis supaya memberikan peruntukan yang saksama kepada semua ahli Dewan Undangan Negeri tanpa mengira perbezaan politik.

Tindakan kerajaan pusat memberikan peruntukan kepada ahli Parlimen (MP) pembangkang memang dialu-alukan. Sehubungan itu, kerajaan Barisan Nasional Perlis patut mencontohi dasar ini dan turut menyalurkan peruntukan kepada ADUN pembangkang.

Keputusan pilihan raya umum ke-14 menunjukkan rakyat mahukan sebuah masyarakat yang lebih adil dan terbuka. Komitmen BN dalam transformasi akan lebih terserlah jika ia berlaku adil dengan turut memberikan peruntukan kepada pihak pembangkang.

Demi kesejahteraan rakyat, kita sepatutnya tidak lagi membezakan Pakatan Harapan atau BN yang memerintah, tetapi menyalurkan bantuan secara saksama kepada semua AUN serta kawasannya, supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dalam membantu rakyat.

Teh Chai Aan
Ahli Dewan Undangan Negeri MCA Titi Tinggi, Perlis

-MCA online-