Malaysia amat bergantung kepada jaringan kereta api dalam usaha memacu aspirasi negara pada masa depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pengangkutan kereta api memainkan peranan penting di semua negara maju, dengan Malaysia turut menyasar untuk menjadi antaranya dengan memiliki gabungan pengangkutan yang kukuh.
“Inisiatif Jalur dan Jalan oleh China, yang merangkumi Asia Tenggara, Asia Tengah dan negara-negara sehingga ke Eropah, telah menarik perhatian besar di rantau ini dan di luar.
“Kesalinghubungan dan kerjasama antara negara-negara ini akan menjadi langkah penting dalam aspek perdagangan, pertukaran budaya dan saintifik dalam abad baharu ini,” katanya semasa berucap merasmikan Simposium Kedua mengenai Infrastruktur dan Kejuruteraan Kereta Api secara maya anjuran Fakulti Kejuruteraan dan Sains, Universiti Tunku Abdul Rahman bersama-sama Pertubuhan Industri Rel Malaysia hari ini.
-BERNAMA