15 Mei 2021

Kenyataan media Siew Shen Kae, Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA

Orang Asli diusir, Kerajaan Selangor langgar hak asasi manusia dan tidak berperikemanusiaan

Suku Mah Meri dari Kampung Orang Asli Bagan Lalang telah diarahkan oleh Kerajaan Selangor Pakatan Harapan melalui Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) untuk mengosongkan kawasan kediaman mereka untuk memberi laluan kepada projek pembangunan pelancongan.

Memetik laporan media pada 20 April, seramai 12 keluarga dari suku Mah Meri, Kampung Orang Asli Bagan Lalang telah diberikan notis pengusiran yang meminta mereka meninggalkan rumah kediaman dalam tempoh 30 hari.

“Projek pembangunan ini hanya merupakan salah satu keputusan perniagaan yang menguntungkan bagi Kerajaan Selangor, tetapi ia merupakan masalah kepada kehidupan Orang Asli.”

Suku Mah Meri memahami bahawa kawasan kediaman yang telah didiami selama 20 tahun itu bukan hak milik mutlak mereka, tetapi tindakan pihak PNSB mengeluarkan notis pengusiran sebelum mengadakan rundingan, penyelarasan serta pengaturan yang sepatutnya merupakan satu tindakan yang sangat tidak berperikemanusiaan.

Selain itu, isu ini juga menimbulkan persoalan berhubung kepentingan pembangunan ekonomi dan hak asasi suku Mah Meri.

“Projek pembangunan ini tentunya dapat menambah sumber pendapatan Kerajaan Negeri Selangor, tetapi ia telah mengorbankan hak asasi suku Mah Meri. Ini juga mengundang persoalan sama ada projek ini akan memusnahkan persekitaran tempatan kawasan tersebut”

“Setidak-tidaknya Kerajaan Negeri Selangor harus melakukan perkara yang sepatutnya terhadap suku Mah Meri yang terlibat, termasuk memberi pampasan dan bantuan yang sewajarnya, bukan hanya mengutamakan kepentingan pembangunan kawasan tersebut semata-mata. Jika tidak, Kerajaan Negeri Selangor hanya merupakan sebuah kerajaan yang hanya mementingkan pendapatan dan tidak berperikemanusiaan.”

Justeru itu, saya ingin mengesa semua pihak untuk memberi tekanan kepada kerajaan Selangor dan menuntut keadilan bagi suku Mah Meri menerusi pautan ini : http://chng.it/d6QFV58Vzd  

-MCA online-