Lim Lye Bee, 53, berkata, dalam kejadian pada 4 Oktober lepas, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkan berlaku pembelian sebanyak RM4,299 menerusi kad kredit yang didaftarkan atas namanya.

Lye Bee berkata, beliau kemudian diarahkan membuat beberapa panggilan termasuk ke satu nombor yang didakwa sebagai talian perkhidmatan BNM.

"Setelah mereka meyakinkan saya tentang proses-proses untuk menyelamatkan wang simpanan, saya telah mengeluarkan semua wang daripada akaun simpanan dan memasukkan ke tiga akaun bank lain secara berperingkat sebelum menyedari telah ditipu," katanya dalam sidang akhbar di Wisma MCA negeri di sini hari ini.

Katanya, ekoran itu beliau telah membuat laporan polis dan BNM.

- Utusan Online-