20 Oktober 2017

Kenyataan Media Setiausaha Organisasi MCA Pulau Pinang Dr Tan Chuan Hong

Polis harus siasat Shahul Hamid dan Abdul Malik atas kenyataan extremisme

MCA Pulau Pinang pada hari Khamis membuat laporan polis dan menggesa siasatan dibuat berhubung kenyataan oleh seorang pengetua sekolah tahfiz yang dirakam video kenyataannya menggesa masyarakat Islam untuk tidak memotong rambut di kedai gunting rambut bukan Islam atau menghantar anak mereka ke sekolah yang diuruskan bukan Islam.

MCA Pulau Pinang juga mahu polis menyiasat kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang Dato’ Abdul Malik Abu Kassim, yang dilaporkan berkata negeri itu tidak mengawal komen yang dibuat oleh individu dari sekolah tahfiz.

Setiausaha Organisasi MCA Pulau Pinang Dr Tan Chuan Hong berkata, sebagai pengetua sekolah agama, Shahul Hamid Seeni Muhammad sepatutnya mengajar kanak-kanak untuk saling menghormati.

Katanya, Shahul tidak sepatutnya menyampaikan kenyataan kontroversi, seperti menggesa masyarakat Islam untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah Cina dan menggesa masyarakat Islam memboikot serbuk kari yang dibuat oleh penganut Hindu.

Shahul dilaporkan memberitahu masyarakat Islam untuk memboikot serbuk kari jenama India pada 2014. Kenyataan itu mencetuskan pelbagai kritikan dan kemudiannya beliau memohon maaf di laman Facebooknya.

"Tiada peraturan dalam Islam untuk menghalang masyarakat Islam memotong rambut di kedai bukan Islam dan sebagai pengetua sekolah agama, Shahul Hamid sepatutnya tahu berkenaan perkara ini," kata Dr Tan kepada pemberita di perkarangan luar Balai Polis Jalan Patani pada pagi hari Khamis.

Laporan polis telah dibuat di balai tersebut dan Dr Tan juga berkata MCA Pulau Pinang tidak setuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Malik, yang berkata semua orang mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka sendiri dan kebebasan untuk mentafsirnya.

Dr Tan turut bertanya kepada Malik bahawa, "Apa yang kamu faham dengan kebebasan bersuara? Bolehkah seseorang menyatakan isu sensitif secara umum dan membuat banyak kontroversi?”

"Yang paling penting, MCA Pulau Pinang mahu tahu pendirian kerajaan Pulau Pinang berhubung isu ini. Adakah kerajaan negeri setuju masyarakat Islam tidak boleh memotong rambut dari orang bukan Islam? Bolehkah ia dijadikan fatwa di Pulau Pinang?" tanya Dr Tan.

Dr Tan Chuan Hong
Setiausaha Organisasi MCA Pulau Pinang

-MCA online-