21 Ogos 2019

Kenyataan Media Jurucakap MCA Mike Chong

Kerajaan PH mahu bankrapkan negara?

Kerajaan Pakatan Harapan digesa menjelaskan pengambilan pinjaman sehingga RM58.1 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, dan jika Malaysia di ambang muflis selepas setahun di bawah pentadbiran Pakatan Harapan?

Ia dilaporkan bahawa hutang negara telah meningkat dari RM686.8 bilion di bawah BN pada akhir tahun 2017, kepada RM RM799.1 bilion sekarang. Inia mat membimbangkan. Ironiknya, jumlah ini semakin hampir kepada fitnah “hutang RM1 trilion” yang pernah didakwa Pakatan Harapan sebagai bukti negara Malaysia telah bankrap.

Selain itu, nisbah hutang berbanding KDNK juga dilaporkan meningkat kepada 52.7% pada akhir Q2 tahun ini, berbanding 50.8% yang dicatat pada tahun 2017 di bawah BN. Rakyat boleh menilai dengan sendiri prestasi ekonomi yang kurang memuaskan sejak pertukaran kerajaan pada tahun lepas. Malangnya, kerajaan PH seolah-olah enggan mengakui masalah ini apabila meneruskan projek tidak berguna seperti kereta nasional ketiga dan kereta terbang. Jadi, siapakah yang dilihat bakal bankrapkan negara sekarang?

Oleh itu, Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan wajar menjelaskan status kewangan negara sebenarnya, dan mendedahkan sebab disebalik pinjaman besar tersebut, dan untuk apa ia digunakan. Ini wajar kerana ia selari dengan prinsip ketelusan yang sering dilaungkan Pakatan Harapan.

-MCA online-