Masjid Lama Machap simbol perpaduan dua kaum
KRT rujukan sosial komuniti setempat   

Larangan pakai sari bercanggah dengan semangat kepelbagaian, KPM harus mendisiplinkan “Napoleon kecil"

Pada Khamis    21-09-2023 17:29:00

Kenyataan media Jurucakap MCA, Saw Yee Fung (21-09-2023)

Larangan pakai sari bercanggah dengan semangat kepelbagaian, KPM harus mendisiplinkan “Napoleon kecil"

Jurucakap MCA, Saw Yee Fung membidas tindakan sebuah sekolah di Lembah Klang yang melarang pelajarnya daripada memakai pakaian tradisi kaum lain, termasuk larangan memakai sari ke atas pelajar India yang disifatkannya sebagai bercanggah dengan semangat kepelbagaian dan kesederhanaan. Justeru, beliau meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya menyiasat perkara tersebut, serta membetulkan arahan yang bersifat autokratik serta tidak munasabah itu.

Beliau menegaskan, Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan budaya. Pelajar boleh mempelajari dan memahami budaya yang berbeza dengan memakai pakaian tradisional kaumnya atau kaum lain untuk meluaskan sudut pandangan mereka. Ia harus menjadi amalan yang amat wajar diberi galakan serta dipromosikan. Semua kumpulan etnik memakai pakaian tradisional dengan ciri-ciri etnik dan budaya masing-masing pada perayaan besar, terutamanya sambutan Hari Kebangsaan, merupakan manifestasi penting ciri-ciri kepelbagaian negara kita.

"Amat mengejutkan, sekolah ini telah mengeluarkan arahan melarang pelajar memakai pakaian tradisional budaya selain etnik mereka sendiri. Arahan ini membingungkan. Apa yang lebih luar biasa ialah pelajar berbangsa India dilarang memakai sari, menunjukkan sekolah ini mengabaikan ciri-ciri masyarakat majmuk negara kita. Ini bukan sahaja tidak menghormati pakaian tradisi pelbagai kaum, malah turut merampas hak pelajar untuk menunjukkan identiti budaya mereka. Pendekatan sekolah ini sudah pasti bertentangan dengan konsep kepelbagaian Malaysia Madani yang dianjurkan oleh Kerajaan Perpaduan hari ini."

“Lebih memburukkan keadaan, melarang pelajar India memakai sari boleh menyebabkan mereka berasa tersisih dari segi budaya dan boleh meruncingkan lagi ketidaksamaan kaum, dan ini amat dikesali.”

Menurut Yee Fung, isu "Napoleon Kecil" berlaku berulang kali. Selain menimbulkan kontroversi yang tidak perlu, ia juga sering menjejaskan perpaduan dan kepelbagaian Malaysia. Oleh itu, bagi memastikan sikap tidak menghormati kepelbagaian budaya seperti ini tidak berulang, beliau turut menggesa KPM supaya bukan sahaja menyiasat perkara itu, tetapi juga mengambil tindakan praktikal untuk mendisiplinkan mereka yang berhubung kait dengan "Napoleon kecil" yang mengeluarkan arahan, sebagai amaran keras kepada semua.

-MCA online-

Berita Berkatian

Mahasiswa hanya mampu makan sekali sehari, KPT wajar kuatkasa Menu Siswa Rahmah dengan tegas

Guna mekanisme ‘pendapatan boleh guna’ untuk subsidi bersasar -MCA

MCA: Kembalikan GST pada kadar lebih rendah, bukan naikkan SST

Kenaikan SST kepada 8 peratus tambah beban kewangan rakyat - MCA

Letakkan syarat pakej deposit yang sepadan untuk Akaun Fleksibel KWSP sebagai galakan untuk rakyat menabung