Presiden MCA

Pada Selasa    31-05-2016 20:18:00

Media Sosial Presiden MCA 
(Hon.) Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong 




(Hon.) Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong

Presiden Persatuan Cina Malaysia

Sebagai seorang pemimpin yang lantang bersuara sejak beberapa dekad dalam senario politik Malaysia, Dr Wee pernah memegang jawatan-jawatan kanan dalam kerajaan sebelum menjadi Presiden MCA semasa pemilihan parti pada tahun 2018. 

Dari tahun 2014 sehingga 2018, Dr Wee telah berkhidmat sebagai Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Malaysia bertanggungjawab terhadap pembangunan dasar-dasar Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS), program-program mikrokredit dan pembangunan kampung-kampung baharu Cina. Sebelum itu, beliau juga berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pendidikan dari tahun 2008 sehingga 2013.

Beliau dilahirkan pada 20 Oktober 1968 di Jasin, Melaka, dan telah menamatkan penggajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajarannya sehingga mencapai Ijazah Doktor Falsafah dalam Pengurusan Pengangkutan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pada tahun 2017, beliau menjadi pelajar pertama yang bukan warga Singapura untuk menerima Anugerah “The Nanyang Distinguished Alumni Award” dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) susulan penerimaan Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Trafik pada tahun 1996.

Dr Wee juga pernah memegang jawatan Ketua Pemuda MCA dan Timbalan Presiden MCA, dan dipilih sebagai ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor untuk 4 penggal berturut-turut sejak 2004. Beliau juga memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Johor, dan juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi untuk MCA Sabah, Melaka dan Negeri Sembilan.

Semangat Dr Wee untuk membangunkan pendidikan dicerminkan melalui hubungan rapatnya dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) dimana beliau merupakan ahli majlis kedua-dua institusi tersebut. Selain itu, beliau juga pernah mempengerusikan Jawatankuasa Perundingan Pendidikan Cina Kebangsaan dan merupakan ahli majlis Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Dr Wee juga aktif dalam beberapa persatuan kejuruteraan profesional termasuk Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (MIEM) dan Persatuan Kejuruteraan Jalan Asia dan Australasia (REAAA).

 

Kelayakan Akademik  

  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengurusan Pengangkutan (Universiti Teknologi Malaysia, 2002)
  • Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Trafik (Universiti Teknologi Nanyang, Singapura, 1996)
  • Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Awam (Universiti Teknologi Malaysia, 1992)

 

Kelayakan Profesional

  • Ahli Institut Jurutera Malaysia (MIEM)
  • Jurutera Profesional Bertauliah, Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
  • Jurutera Bertauliah, Jurutera APEC (APEC Eng) (MY A 00107)
  • Jurutera Profesional Bertauliah dengan International Professional Engineer (IntPE)
    (MY E 00107)
  • Perunding EIA Berdaftar di Jabatan Alam Sekitar, Malaysia (I 00235)
  • Ahli Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM)
  • Ahli Persatuan Kejuruteraan Jalan Asia dan Australasia (REAAA)

 

Pelantikan kerajaan terdahulu dan persatuan bukan kerajaan

  • Ahli Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN), Penggal XXVI tahun 2007 – 2008, dilantik oleh Menteri Belia dan Sukan, Malaysia
  • Ahli Majlis Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), dilantik oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Malaysia pada 2 November 2007
  • Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, Johor Bahru, Johor untuk 3 tahun (sejak 1 January 2004), dilantik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia
  • Ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara II (NECC II/ MAPEN II) tahun 1999-2000, dilantik oleh Perdana Menteri, Malaysia  

 

Jawatan Parti

Jawatan sekarang:-

  i.    Presiden MCA

 ii.    Ahli Majlis Tertinggi Barisan Nasional

 iii.   Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Johor

 iv.   Pengerusi Bahagian MCA Johor Bahru

 

Jawatan parti terdahulu:-

  i.  Timbalan Presiden MCA (2013-2018)

  ii.  Ketua Pemuda MCA Kebangsaan (2008-2013)

  iii.  Ahli Majlis Tertinggi Pemuda Barisan Nasional (2008-2013)

  iv.  Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Melaka (2008-2013)

  v.   Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Sabah (2015-2018)

  vi.  Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Negeri Sembilan (2014-2015)

  vii.  Setiausaha Agung Pemuda MCA Kebangsaan (2005-2008)

  viii.  Ketua Biro Pendidikan Pemuda MCA Kebangsaan (2005-2008)

   ix.  Pengerusi Bahagian Pemuda MCA Johor Bahru

   x.   Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Johor

   xi.  Pengerusi Majlis Perundingan Pendidikan Cina Malaysia

                                                                                                               

Pelantikan Lain

  • Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (sejak November 2018)
  • Ahli Majlis Universiti Tunku Abdul Rahman (sejak 2012)
  • Profesor Kehormat Universiti Tianjin (sejak Disember 2017)

 

Kerjaya Politik

        i.     Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor

               Penggal semasa (2018 hingga sekarang) dipilih 9 Mei 2018

               Penggal ketiga (2013-2018) dipilih 5 Mei 2013

               Penggal kedua (2008-2013) dipilih 8 Mac 2008

               Penggal pertama (2004-2008) dipilih 21 Mac 2004

      ii.      Ahli Kesatuan Antara Parlimen (IPU), Cawangan Malaysia

 

Anugerah dan Gelaran

   i.   Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) 2015 (membawa gelaran Datuk Seri)

   ii.   Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) 2009 (membawa gelaran Datuk)

   iii.    Anugerah Belia Cemerlang Malaysia (2005) (Politik, Hal Ehwal Kerajaan & Undang-Undang)

   iv.  Pengakap Raja (1986)

   v.    Anugerah “The Nanyang Distinguished Alumni Award” (penerima pertama yang bukan warga Singapura) oleh Universiti Teknologi Nanyang