22 April 2019

Kenyataan Media Ketua Biro Komunikasi & Diplomasi Antarabangsa MCA, Dr Tee Ching Seng

MCA mengecam serangan di Sri Lanka

MCA mengecam keras serangan yang berlaku di tiga gereja dan tiga hotel di Sri Lanka semasa perayaan hari suci agama Kristian, iaitu Easter pada 21 April 2019.

Kami bersimpati dan melahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban, rakyat dan juga kepada kerajaan Sri Lanka, semoga pemulihan yang cepat bagi mangsa yang cedera.

Dilaporkan bahawa serangan bom tersebut berlaku semasa penganut Kristian melakukan upacara keagamaan. Serangan seperti perbuatan teroris ini amat serius dan mengancam keselamatan dan keamanan dunia serta tidak selari dengan mana-mana ajaran agama.

MCA sekali lagi menyuarakan sokongan kami kepada rakyat dan parti-parti politik Sri Lanka, dan berdiri bersama mereka demi keselamatan dan kestabilan negara serta menggesa kerajaan Sri Lanka mengambil tindakan yang sepatutnya untuk mengheret pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.     

-MCA online-