Kedaulatan Sabah tiada ruang untuk perundingan, Chin Tong sanggup jadi badut kerana politik
China pelabur asing terbesar sektor pembuatan Malaysia  

MCA diarahkan turunkan kain rentang, tetapi DAP dibenarkan, ini menyalahi Akta Pilihan Raya

Pada Selasa    22-09-2020 12:07:00

22 September 2020

Kenyataan media Pengarah Bilik Gerakan MCA Kapayan, Chin Yung Shin

MCA diarahkan turunkan kain rentang, tetapi DAP dibenarkan, ini menyalahi Akta Pilihan Raya

Bilik Gerakan MCA Kapayan Chin Yung Shin dalam suatu kenyataan media pada hari ini mempersoalkan sama ada DAP telah menyalahi Akta Pilihan Raya dengan menyalahgunakan kuasa sebagai kerajaan sementara negeri dalam mengarahkan Majlis Daerah Penampang (MDP) bertindak secara dwi standard terhadap pihak lawan politik, hak para pengundi untuk mendapatkan maklumat daripada parti-parti yang lain tercabul.

Beberapa hari yang lalu, sebaik sahaja kain rentang calon Barisan Nasional dari MCA bagi kawasan Kapayan, Lu Yen Tung digantung di tiang-tiang lampu, MDP dengan alasan menerima aduan telah mengarahkan kami menurunkannya.

Tetapi mulai semalam, kain-kain rentang DAP pula dibenarkan untuk digantung di tiang-tiang lampu di sepanjang jalan, cara kain rentang digantung tidak berbeza dengan cara MCA pun. Kenapa MDP melarang MCA, tetapi membenarkan DAP terus menggantung kain rentang? Bukankah ini amalan dwi standard?

Memandangkan MDP tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri, maka calon DAP Jannie Lasimbang mesti memberikan penjelasan dalam masa 24 jam, sama ada DAP sebagai kerajaan sementara telah menyalahgunakan kuasa menindas pihak lawan bagi meningkatkan peluang kemenangan calon DAP?

Chin menegaskan bahawa tindakan dwi standard sebegini membolehkan orang ramai memperhatikan bagaimana Pakatan Harapan sanggup mengambil taktik-taktik kotor yang tidak adil, saksama dan bersih untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya negeri ini.

-MCA online-

Berita Berkatian

Hasil ujian Covid-19 atas pemimpin MCA adalah negatif

Hina anggota keselamatan : Mohamaddin wajar berhenti bertanding dalam PRN Sabah

Penduduk Sabah Akui Penting Hubungan Baik Kerajaan Negeri Dan Persekutuan

MCA Ikrar Buktikan Kemampuan Selepas Diberi Kepercayaan Tanding 4 DUN

Calon BN mahu selesai masalah kemudahan asas di Likas