Tun Tan Siew Sin

Pada Khamis    23-06-2016 14:42:00

Tun Tan Siew Sin
Presiden MCA Ketiga
November 1961 - April 1974

Tun Tan Siew Sin telah memimpin MCA dan masyarakat Cina melalui tempoh yang paling sukar dalam sejarah Malaysia. Selepas mengambil alih tampuk kepimpinan MCA pada 1961, beliau tidak membuang masa dalam menyelesaikan masalah dalaman parti. Di bawah kepimpinannya, MCA telah dipertanggungjawabkan dengan 9 portfolio utama di Kabinet. Pada 1963, Presiden Indonesia, Sukarno, telah melancarkan operasi “Ganyang Malaysia” atau “Konfrontasi” untuk menghalang pembentukan Malaysia dan ini telah menyebabkan pergolakan dalam negara. Pada masa itu, beliau telah menggunakan kepimpinannya untuk membangkitkan masyarakat Cina untuk menentang pencerobohan dari Indonesia.

Pada tahun berikutnya, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Parti Perikatan. Pada Pilihan Raya Umum 25 April 1964, MCA telah memenangi 27 daripada 33 kerusi Parlimen yang ditanding, dan Part Perikatan telah menang dengan besar walaupun menghadapi cabaran dari “Konfrontasi” dan pelbagai jenis sabotaj.

Pada 1968, MCA telah menubuhkan Koperasi Serbaguna Malaysia (KSM) dengan sokongan besar dari masyarakat Cina. Pada tahun sama, Tan Sri Khaw Kai Boh telah dipertanggungjawab dengan tugas menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman dan pada bulan Jun, kerajaan telah menyuarakan persetujuannya untuk penubuhan kolej tersebut, dan juga bersetuju memperuntukkan pembiayaan melalui konsep satu ringgit-ke-satu ringgit.  Pada 24 Februari 1969, Kolej Tunku Abdul Rahman telah ditubuhkan secara rasmi, dan telah memberi peluang kepada beribu-ribu belia Cina yang telah dinafikan peluang melanjutkan pelajaran ke pendidikan tinggi. Selain itu, beliau juga telah melancarkan kem latihan kader untuk melatih ahli-ahli parti.

Walaubagaimanapun, MCA telah menanggung sentimen anti-kerajaan dan mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum 1969 dan telah mengundurkan diri dari Kabinet secara sukarela.

Malaysia mengalami kemunduran apabila tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 akibat dari provokasi parti-parti pembangkang, sehingga darurat diisytiharkan. MCA telah menyertai semula Kabinet. Seterusnya, Siew Sin telah menumpukan masa dan tenaganya untuk memujuk masyarakat Cina untuk berkerjasama dengan kaum-kaum lain demi kebaikan Malaysia. Gerakan perpaduan masyarakat Cina telah dilancarkan dan perhimpunan besar-besaran telah diadakan di seluruh negara. Akan tetapi, beliau juga telah menjadi sasaran serangan dari golongan di dalam dan luar parti yang tidak menghargai niat baik beliau.

Pada Ogos 1971, MCA telah mengadakan Persidangan Perwakilan ke-20 dimana Siew Sin telah menggariskan prinsip-prinsip perjuangan MCA. Beliau telah menekankan kepentingan perpaduan, berdikari dan pragmatisme, dan menolak politik yang bersifat konfrontasi. Keputusan beliau menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman, dan tidak menyokong cadangan Universiti Merdeka, adalah bukti kebijaksanaan politik beliau.

Dalam tempoh perkhidmatannya selama 15 tahun, beliau telah memegang portfolio Menteri Kewangan yang paling lama di antara semua negara Komanwel. Beliau telah membangunkan sistem kewangan negara sehingga membolehkan Malaysia menjadi salah sebuah negara Asia yang mempunyai ekonomi yang kukuh.     

Pada 1974, beliau telah meletak jawatan dan menjadi Penasihat Ekonomi kepada Kerajaan dan Pengerusi Sime Darby Berhad.

Bekas Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdul Razak, telah memuji kepengurusan beliau dalan mengukuhkan kedudukan kewangan Malaysia dan menjadikan Ringgit antara mata wang yang paling berharga di dunia. Apabila beliau meninggal duni pada 17 Mac 1988, Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, telah menyifatkan pemergian beliau sebagai sebuah kehilangan besar kepada negara. Tunku Abdul Rahman juga memuji kepimpinan dan ketaatan beliau, dan sumbangannya kepada kemakmuran Malaysia.

Garis Masa Kehidupan Tun Tan Siew Sin

21 Mei 1916 


Dilahirkan di Melaka, anak tunggal pengasas MCA Tun Tan Cheng Lock


1939


Habis penggajian undang-undang di London, dan pulang ke Malaysia untuk mengambil-alih perniagaan perladangan keluarganya


1941


Bekerja untuk British Information Service Far East Affairs Bureau di New Delhi semasa Perang Dunia Kedua


1943


Menubuhkan Persatuan Cina Luar Negara di India bersama-sama dengan ayahnya, Tun Tan Cheng Lock. Beliau turut menjadi setiausaha persatuan tersebut


Disember 1945


Pulang ke Malaya, dan menjadi penolong kaunselor Majlis Hal-Ehwal Cina Melaka


1946


Dilantik sebagai Pesuruhjaya Dewan Bandaraya Melaka


1947


Berkahwin, dan beroleh 3 anak perempuan


1948


Dilantik sebagai ahli Badan Perundangan Persekutuan. Beliau memegang jawatan tersebut untuk 26 tahun sebelum bersara pada 1974


1949


Bermula giat dalam bidang politik. Beliau mejadi setiausaha Bahagian MCA Melaka, Pengerusi Bahagian Pemuda MCA, dan Ketua Publisiti MCA


1955


Dipilih sebagai Ahli Parlimen Melaka


1957


Dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Industri


1958


Dilantik sebagai Bendahari Parti Perikatan selepas kemerdekaan Malaya


1959


Dilantik sebagai Menteri Kewangan


10 November 1961 Dipilih sebagai Presiden MCA 
1964


Dipilih sebagai Naib Pengerusi Parti Perikatan


1969


Dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas selepas rusuhan perkauman 13 Mei apabila MCA menyertai semula Kabinet. Selepas Parlimen bermula, beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan. Beliau juga dianugerahkan pingat SSM oleh Yang di-Pertua Agong yang membawa gelaran “Tun”. Beliau juga dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Malaya


8 April 1974


Bersara sbagai Presiden MCA dan Menteri Kewangan kerana masalah kesihatan. Beliau dipilih sebagai Presiden Kehormat dan Penasihat Parti seumur hidup oleh Jawatankuasa Pusat sebagai tanda penghargaan atas sumbangan beliau


17 Mac 1988       


Menghembus nafas terakhir selepas mengalami serangan jantung