23 Ogos 2019

Kenyataan Media Setiausaha MCA Pulau Pinang, Yeoh Chin Kah

Kereta rasmi baru diutamakan, kepentingan penduduk Pulau Pinang dibelakangkan

Sementara rakyat dibebankan masalah kewangan, keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membelanjakan hampir RM 3 juta untuk membeli 15 unit Toyota Camry 2.5 model 2019 dilihat sebagai membazirkan dan tidak diperlukan.

Terdapat banyak isu yang membelenggu penduduk Pulau Pinang yang perlu ditangani kerajaan negeri, namun mereka lebih rela membelanjakan wang untuk keselesaan Ketua Menteri dan pegawai-pegawai kerajaan daripada menyelesaikan masalah penduduk.

Tambahan pula, alasan Ketua Menteri Chow Kon Yeow bahawa sebanyak 5 kereta rasmi yang lama akan dikekalkan untuk kegunaan pegawai-pegawai kerajaan lain tidak logik, kerana ini bermaksud kerajaan negeri masih terpaksa membayar kos penyelenggaran kereta rasmi yang lama dan yang baru. Ini sudah tentu akan menyebabkan peruntukan untuk projek berteraskan rakyat dikurangkan untuk menampung perbelanjaan tambahan tersebut.

Isu banjir kilat dan kesesakan trafik teruk yang masih belum diselesaikan menyerlahkan lagi keperluan penambahbaikan infrastruktur pengangkutan awam dan keadaan jalan raya yang kurang baik, namun keselesaan pegawai negeri pula diutamakan. 

Tambahan pula, pembelian kereta buatan asing untuk RM3 juta juga tidak selari dengan seruan Perdana Menteri untuk mengguna kereta buatan tempatan sebagai kenderaan rasmi, sekaligus membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sendiri tidak yakin dalam kereta buatan tempatan, apatah lagi projek kereta nasional ketiga yang bakal bermula

-MCA online-