Kenyataan media Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri Sabah, Dr, Pamela Yong

Sebaik sahaja mendapat tahu bahawa Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan adalah positif COVID-19, langkah telah diambil untuk menghantar semua pemimpin MCA yang ada kontak rapat dengannya untuk menjalani ujian saringan. Mujurnya, semua hasil ujian tersebut adalah negatif.

Sepanjang tempoh berkempen di PRN Sabah ini, MCA telah mematuhi kesemua SOP dan peraturan yang ditetapkan kerajaan, termasuk mengamalkan penjarakkan fizikal. Oleh itu, kami menggesa semua pihak supaya berhenti menyebarkan berita palsu.

MCA juga menegaskan bahawa memastikan kesihatan dan keselamatan calon-calon, pemimpin, jentera parti serta orang ramai adalah keutamaan kami, dan kami akan terus mengambil langkah untuk memastikan pematuhan SOP mencegah jangkitan COVID-19 berada di tahap yang tertinggi.