Perbaharui lesen memandu, cukai jalan secara dalam talian
Kerajaan wajar membantu perusahaan muda dan “start up”  

Perang Covid-19 – Ke tepikanlah perbezaan politik pada masa ini

Pada Selasa    24-03-2020 15:28:00

24 Mac 2020

Kenyataan Media Jurucakap Pemuda MCA , Sdr. Lee Yee Yuan

Perang Covid-19 – Ke tepikanlah perbezaan politik pada masa ini

Pada masa krisis ini, di mana seluruh negara sedang berganding bahu untuk memerangi penularan wabak Covid-19, perbezaan politik seharusnya diletakkan di tepi, dan keselamatan rakyat dan negara diutamakan.

Atas prinsip ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM130 juta  untuk disalurkan kepada kerajaan-kerajaan negeri dengan sama rata tanpa mengira parti mana yang membentuk kerajaan negeri berkenaan.

Oleh itu, ia amat mengecewakan apabila dilaporkan bahawa seramai 9 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor tidak disenaraikan dalam peruntukan Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19 yang bernilai RM127.78 juta yang diumumkan Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 20 Mac lalu.

Dalam pengumuman beliau, peruntukan bagi program aktiviti mesra rakyat akan ditingkatkan kepada RM30,000 , dengan keutamaan diberi kepada golongan yang terjejas. Namun begitu, 5 wakil rakyat BN, 1 wakil rakyat BERSATU, 1 wakil rakyat PAS, dan 2 wakil rakyat Bebas.

Wabak Covid-19 ini tidak mengenal kaum, agama ataupun perbezaan politik. Oleh itu, kerajaan negeri Selangor tidak sepatutnya mengabaikan penduduk-penduduk di 9 kawasan “pembangkang” kerana mereka juga memerlukan bantuan.

Kerajaan negeri digesa menjelaskan mengapa 9 ADUN tersebut telah dikecualikan daripada peruntukan khas ini, dan pada masa sama, bagi 47 ADUN yang telah menerima dana tersebut, mereka harus bersikap telus dan akauntabiliti untuk memastikan bahawa hanya golongan yang memerlukannya menerima manfaat.

-TAMAT-

Berita Berkatian

Kerajaan wajar membantu perusahaan muda dan “start up”

Sumbangan pihak guru juga wajar disanjung

Keharmonian keluarga dan pencegahan COVID-19 harus dijadikan fokus utama

Memanggil sidang Parlimen tergempar bukti DAP hanya tahu main politik

Pelabuhan Kelang, Pulau Pinang dan Johor dapat pelepasan untuk pemindahan barangan tidak penting