Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng berkata, lantikan politik sedemikian rupa memberi gambaran tentang gejala kronisme yang wujud dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana Kuan Yau pernah aktif dalam banyak ceramah DAP.

“PH berterusan melanggari janji pilihan raya mereka (untuk tidak melakukan sebarang lantikan politik),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Kuan Yau dilantik sebagai CEO MCBC berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Teik Cheng menambah adalah lebih baik jika melantik calon yang mempunyai pengalaman luas untuk berkhidmat dengan golongan peringkat tertinggi di dalam bidang perusahaan di China.

“Menurut laman Facebook Kuan Yau, beliau pernah menduduki posisi di bahagian pengurusan di syarikat swasta di China selama lima tahun dari tahun 2006 hingga 2010.

“Namun, Kok Wai mendakwa Kuan Yau memiliki pengalaman 10 tahun di dalam bidang pengurusan korporat di China,” jelasnya. 

-Utusan Online-