Pusat Khidmat Guaman dan Bantuan Wanita (LAWA) ditubuhkan oleh Wanita MCA pada 16 Disember 2014. Ia merupakan Pusat Bantuan Sehenti pertama yang ditubuhkan oleh sebuah parti politik. Ia bertujuan menegakkan keadilan untuk golongan wanita yang menjadi mangsa jenayah keganasan rumah tangga, rogol, gangguan seksual serta jenayah-jenayah lain. Ini membuktikan bahawa walaupun MCA sebuah parti berahlikan kaum Cina, tetapi ia tetap mendokong semangat satu Malaysia dan memperjuangkan hak dan kepentingan untuk seluruh rakyat, tanpa mengira agama dan bangsa.

Semenjak ditubuhkan, LAWA telah mengendalikan pelbagai masalah berkaitan perkahwinan, keganasan rumah tangga, rogol serta gangguan seksual di tempat kerja dan sebagainya. Konsultansi perundangan, khidmat kaunseling dan bantuan diberikan secara percuma kepada mangsa wanita yang memerlukan tanpa mengira fahaman agama atau latar belakang. LAWA beroperasi bermula jam 8.45 pagi hingga 5.30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.  Perkhidmatan LAWA juga ditawarkan melalui kunjungan ke pejabat, telefon dan emel.

Bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pusat, LAWA turut bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai rakan pintar, agar dapat berganding bahu dalam usaha membantu mangsa-mangsa wanita ini. Ini termasuklah membantu mereka menyelesaikan masalah dan keluar daripada kebuntuan serta memulakan hidup baharu. Rakan-rakan pintar agensi kerajaan yang tersebut termasuklah Jabatan Bantuan Guaman di Jabatan Perdana Menteri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber Manusia. Manakala rakan-rakan NGO pula terdiri daripada Badan Peguam Malaysia, Persatuan Peguam Wanita (AWL), Persatuan Kebajikan MAHA Malaysia, Persatuan Be Good Do Good (BGDG) dan lain-lain.

 

  Tingkat 7, Wisma MCA
  No. 163, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur,
  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  03-2716 5943 
  012-386 3884

 lawa@mca.org.my
  Pertanyaan Dalam Talian
  eLeaflet

 Waktu pejabat: Isnin-Jumaat (8:45am-5:30pm)

** Tutup pada Sabtu, Ahad dan cuti umum