Menurut laporan di laman web GCI , Amerika Syarikat berada di tangga teratas senarai indeks yang terdiri daripada 50 negara itu, diikuti Singapura, Sweden, Switzerland dan United Kingdom.

GCI tersebut menunjukkan pres­tasi ekonomi digital berdasarkan lima pemboleh teknologi iaitu jalur lebar, pusat data, awan, data besar dan internet perkara.

Menurut laporan itu, pada Bajet 2017 kerajaan telah memberi tumpuan yang berterusan ke atas ekonomi digital, dengan peruntukan untuk sumber serta pelaburan dalam pembangunan ekosistem e-dagang, pergerakan pembuat digital dan pengenalan Hab Digital Malaysia.

Pergerakan pembuat digital adalah satu inisiatif untuk merubah golongan belia Malaysia daripada peng­guna kepada pe­ngeluar digital, melalui kerjasama antara sektor awam dan swasta serta ahli akademik.

Sementara itu, Hab Digital Malaysia ditubuhkan untuk komuniti pemula niaga dalam ekonomi digital, menawarkan nilai yang unik seperti jalur lebar berkelajuan amat tinggi, mentoring dan perkhidmatan latihan.

Laporan itu menyatakan yang Malaysia telah menambah baik kelajuan muat turun serta penembusan jalur lebar dalam tempoh beberapa tahun lalu, mengatasi kebanyakan negara lain di Asia Tenggara.

Bagaimanapun, menurut laporan tersebut, negara ini terkebelakang dari segi mewujudkan pusat data dan simpanan awan, dengan menyatakan Malaysia perlu mengalih tumpuan bagi mempercepat penggunaan perkhidmatan awam, analisis data dan internet perkara. – bernama

Dari segi peluang, katanya, Malaysia berusaha untuk bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan awan bagi mempercepatkan transformasi awan bagi penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan berhasrat untuk memacu penggunaan penyelesaian pusat data berdasarkan infrastruktur perisian.

– Bernama