19 Januari 2018

Kenyataan Media Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Dato’ Sri Ti Lian Ker

Salah siapa graduan kita jaja nasi lemak dan jadi pemandu Uber ?

Kesian Dato Seri Najib Tun Razak. Bukan saja dia mendapat warisan satu negara yang dibelenggukan dengan pelbagai masalah social, ekonomi dan politik, YAB Perdana Menteri kita terpaksa menghadapi masalah bekas Perdana Menteri kita mengacau dan membuat hal tanpa batas.

Dalam kesibukan menyelesaikan masalah struktural, kekecohan politik sejak pemecatan Anwar Ibrahim oleh Mahathir, kegawatan ekonomi global dsbnya Perdana Menteri terpaksa menghadapi pelbagai isu “artificial” dan sengaja diwar-warkan dalam media pro-pembankang dan media baru yang lebih bebas dan berani mengecam pemerintah tanpa etika asalkan mempunyai nilai sensasi media.

Inilah beza zaman pemerintahan Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib dan era Tun Mahathir Mohamad yang mempunyai suasana dan cabaran yang berbeza.

Dalam era pemerintahan Mahathir, politik dan ekonomi kita mantap di mana BN mendapat mandat 2/3 sehinggalah bekas Perdana Menteri itu keluar parti dan meyeru agar rakyat menggurangkan majoriti BN di bawah Tun Abdullah, dengan alasan supaya kerajaan tidak berasa angkuh dan salahguna kuasa. Walhal pada zaman pemerintahan Mahathirlah berlaku salahguna kuasa dan amalan kronism yang paling ketara. Namun beliau tetap mahukan rakyat memberikan kerajaan beliau mandat 2/3 supaya beliau dapat mentadbir negara tanpa diganggu-gugat.

Kesian Tun Abdullah pula kena tanggung bala kemarahan rakyat terhadap penyalahgunaan kuasa mutlak mandat 2/3 zaman Mahathir. Ironinya yang menyeru rakyat menghukum salahguna kuasa dan amalan kronisme kerajaan BN zaman Mahathir ialah Mahathir sendiri. Yang dihukum dan menanggung ialah kerajaan BN

Abdullah Badawi. Itulah ketidak adilan dunia nyata. Orang lain yang berdosa orang lain pula yang menanggung padah.

Keadilan menunggu di alam maya.

Itulah keruncingan politik hasil daripada angkara tindakan seorang bekas perdana menteri yang sememangnya mempunyai kuasa dan pengaruhnya. Seharusnya kuasa dan pengaruh ini digunakan secara bijaksana dan bertanggung-jawap. Sebagai team player, kita semua berdiri bersama Mahathir walaupun tidak semesti bersetuju dengan segala keputusan dan tindakannya. Itulah amalan disiplin dan semangat demokrasi yang komponen-komponen parti BN amalkan. Dahulunya DAP memghantam MCA kerana akur pada etika politik dan semangat berpasukan di bawah pimipinan Mahathir. Kini DAP pula mengikut-ikut telunjuk Mahathir sejak Mahathir dijadikan Pengerusi Pakatan Harapan secara pintu-belakang. Adakah Mahathir dipilih oleh ahli melalui pilihan parti atau beliau dijadikan Pengerusi setelah berpakat-pakatan politik? DAP pula makan dedak politik Mahathir dengan menggadai segala prinsip-prinsip laungan mereka dan menelan segala-gala tuduhan, dosa dan salahlaku Mahathir sepanjang 22 tahun menerjui negara. Itulah maruah politik DAP di bawah bergu anak-beranak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sehinggalah anakanda mendiang Karpal Singh, Sunjeet Kaur terpaksa menyuarakan bantahan beliau secara terbuka oleh kerana tidak dapat menelan dan menggadai maruah dan prinsip perjuangan bapaknya.

Berbalik kita kepada isu graduan-graduan yang terpaksa menjadi pemandu Uber atau penjaja Nasi Lemak.

Penulis terkilan Tun Mahathir menghina dan stereotype penjaja nasi lemak dan pemandu Uber sebagai pekerja lapisan bawahan yang tidak mendapat penghormatan. Ini memberi satu gambaran seolah-olah ia menjadi satu penghinaan sekiranya mereka memilih untuk menyara hidup dengan bekerja sebagai pemandu Uber dan penjaja nasi lemak sebagai kerja sampingan atau sementara.

Adakah graduan yang berkolar putih tapi tidak bekerja bersungguh-sungguh, mengambil jalan pintas menyiapkan kerja, mencuri tulang dan sebagainya lebih tinggi martabat dan maruah mereka dari graduan yang memilih untuk bekerja secara halal, bersungguh-sungguh dan berpijak di bumi nyata untuk menampung hidup diri dan keluarga?

Kita kena terima hakikat bukan semua warga negara mempunyai bekas Perdana Menteri sebagai bapa atau datuknya. Bukan semua orang boleh menjadi hampir bankrap semasa kegawatan ekonomi tetapi boleh kembali menjadi antara jutawan yang terkaya dalam negara. Orang kebanyakan tidak mempunyai banyak pilihan. Sama ada pemandu Uber atau penjaja nasi lemak, atau lain-lain bentuk perusahaan dan perkhidmatan, kita tetap bermaruah , tinggi martabat dan kaya dengan nilai-nilai hidup yang suci dan murni.

Kalau lah kita mahu mencari kesalahan, Mahathir juga yang harus dipersalahkan kerana gagal menrealisasikan Wawasan 2020 dalam masa 22 tahun pemerintahannya . Yang menanggung kegagalannya ialah penggantinya Tun Abdullah dan kini Najib Razak tetapi bezanya Mahathir masa untuk merancang dan memwujudkan peluang-peluang pekerjaan yang mencukupi untuk menanggung pertambahan peluang pendidikan dan universiti-universiti yang berpuluhan. Pastilah graduan-graduan ini yang bertambah berlipat ganda akan menghadapi kekurangan peluang pekerjaan kalau dahulunya di zaman Mahathir tidak bersungguh-sungguh memwujudkan peluang pekerjaan dengan kadar yang setimpal dengan kadar pertambahan graduan.

Ini ibarat hutang ayah yang terpaksa di tanggung anak tetapi ayah pula menyalahlan anak kerana susah mahu menjelaskan hutang ayah.

Kalau kita tenggok negara-negara maju mahupun di Great Britain atau di Australia dan sebagaonya, peluang-peluang pekerjaan untuk graduanpun terhad.

Semasa saya berada di Australia, ramai graduan kita juga berkerja sambilan sebagai pelayan kedai makan dan “fast food chain”. Saya berkesempatan berbual dengan seorang pelayan Cina yang berkelulusan kejuruteraan yang merungut tentang peluang pekerjaan yang terhad di sana juga. Di Malaysia, saya masih belum berkesempatan berjumpa seorang yang berkelulusan kejuruteraan untuk bekerja di Macdonald , KDC atau menjaja Nasi Lemak atau menjadi Pemandu Uber. Kalau kita terjumpa nanti, janganlah kita menghina mereka. Di satu hari nanti graduan inilah yang akan menjadi jutawan dan kejayaan. Bezanya kejayaan mereka bukanlah hasil daripada bantuan atau pengaruh bapaknya !

Respect lah penjaja Nasi Lemak dan pemandu Uber kita ya !

Dato’ Sri Ti Lian Ker
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA
Ketua Biro Keharmonian Agama MCA

-TAMAT-